Connect with us

Oh! Media

Majikan Akan Kena Penalti Jika Hubungi Pekerja Lepas Waktu Kerja?

majikan

Trending

Majikan Akan Kena Penalti Jika Hubungi Pekerja Lepas Waktu Kerja?

Bekerja di luar waktu kerja sudah menjadi kebiasaan bagi rakyat di Malaysia. Namun, di Portugal, kerajaan telah membuat undang-undang baharu di mana majikan diharamkan untuk menghubungi pekerja di luar waktu kerja.

ADVERTISEMENT

BACA: Kurangkan Gaji RM1,500 Kepada RM1,200 Galakkan Majikan Ambil Pekerja Tempatan

Menerusi laman Kosmo, memandangkan sekarang ini ramai yang bekerja dari rumah, syarikat perlu membayar semua perbelanjaan yang ditanggung pekerja disebabkan sistem bekerja dari rumah juga memerlukan bayaran yang tinggi.

Melarang majikan mengawasi pekerja

majikan

Undang-undang baharu ini dilakukan atas sebab isu-isu yang dihadapi oleh pekerja sepanjang pelaksanaan bekerja dari rumah sejak berlakunya pandemik Covid-19.

Dalam undang-undang tersebut, syarikat perlu membayar bil elektrik yang melambung tinggi dan juga bil internet. Majikan juga akan dikenakan penalti jika menghubungi pekerja selepas waktu bekerja.

Portugal merupakan negara pertama yang menggubal undang-undang bekerja dari rumah ini. Majikan juga dikatakan tidak boleh mengawasi gerak-geri pekerja sepanjang waktu bekerja dari rumah.

Walaupun bekerja dari rumah ini kelihatan mudah, namun ia tidaklah semudah yang disangka.

Semoga semua syarikat terus memberi perhatian terhadap kebajikan pekerja dan tidak mengambil kesempatan atas pekerja yang bekerja dari rumah.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas