Connect with us

Oh! Media

(Video) Penunggang Motosikal Kuasa Tinggi ‘Wheelie’ Atas Jambatan Pulau Pinang Seorang Guru?

motosikal

Trending

(Video) Penunggang Motosikal Kuasa Tinggi ‘Wheelie’ Atas Jambatan Pulau Pinang Seorang Guru?

Baru-baru ini tular di media sosial satu rakaman video berdurasi kira-kira 45 saat yang memaparkan penunggang dua buah motosikal berwarna merah dan biru melakukan aksi mengangkat tayar hadapan atau ‘wheelie’ pada kelajuan tinggi.

ADVERTISEMENT

Menerusi video tersebut, turut dilihat panel meter motosikal individu yang membuat rakaman itu yang menunjukkan ia dipecut sehingga kelajuan lebih 280 kilometer sejam (km/j).

Menurut laporan Kosmo, polis telah mengenal pasti individu terlibat dalam video yang dipercayai berlaku di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah atau juga dikenali sebagai Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, pihaknya telah mengenal pasti nombor pendaftaran motosikal yang merakam aksi berbahaya tersebut.

Suspek adalah seorang guru di sebuah sekolah di Kuala Lumpur dan dia telah dihubungi.

Menurut Kamarul Rizal, satu laporan diterima dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut megecam tindakan mereka yang dianggap berbahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

Buatlah lagi, cepat sikit boleh bertemu Allah taala. – Tulis seorang netizen.

Malang tidak berbau, apa-apa boleh jadi, kan naya polis cari, cari penyakit. – Tulis seorang pengguna media sosial.

Berhati-hatilah di jalan raya gais. Walaupun mungkin anda berani melakukan aksi-aksi bahaya macam tu, ianya tetap membahayakan pengguna jalan raya lain.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas