Connect with us

Oh! Media

(VIDEO) Lelaki Cuak ‘Tinted’ Van Jenazah Buat Netizen Geli Hati

Trending

(VIDEO) Lelaki Cuak ‘Tinted’ Van Jenazah Buat Netizen Geli Hati

Di musim pandemik ini, angka jangkitan dilihat tidak menunjukkan penurunan yang konsisten serta jumlah kematian yang semakin meningkat.

ADVERTISEMENT

BACA: Bunyikan Hon Beri Laluan Kepada Van Jenazah, Tindakan ‘Spontan’ Rider Dipuji

Namun, terdapat segelintir premis yang terpaksa ditutup serta tidak dibenarkan beroperasi melainkan semua pekerja sudah mendapatkan suntikan vaksin.

Selain itu, perkhidmatan bengkel kenderaan, penyelenggaraan dan alat ganti turut tersenarai sebagai aktiviti yang dibenarkan beroperasi.

Perkara itu memudahkan masyarakat lebih-lebih lagi pemandu kenderaan yang bekerja dalam pengurusan jenazah yang dilihat banyak digunakan buat masa sekarang.

Lelaki takut nak ‘tinted’ van jenazah

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan reaksi lucu daripada seorang pemilik premis pemasangan cermin gelap yang enggan memasang tinted pada van jenazah,

Video berdurasi 45 saat yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Muhammad Hafiz Zarinn menunjukkan reaksi seorang premis yang seakan-akan cuak melihat van jenazah tersebut.

Menerusi hantaran itu, lelaki berbangsa cina itu turut berasa takut selepas melihat pelekat pada kenderaan berkenaan yang berkata tentang kehidupan manusia.

Kenapa ada ‘Setiap yang bernyawa pasti akan merasa mati?’ Haiya.. tak bolehlah aku takutlah. Jangan rakam lah.

Turut kelihatan sebuah keranda di dalam kenderaan tersebut yang membuatkan pemilik premis itu semakin ketakutan sambil berleter sehingga mencetuskan gelak tawa si perakam.

Selain itu, si perakam turut berjenaka akan meninggalkan kenderaan tersebut dan akan mengambilnya kembali pada esok hari.

Perbuatan itu semakin menambahkan perasan cuak pemilik premis itu dan tetap tidak mahu memasang cermin gelap pada kenderaan tersebut.

Netizen turut terhibur

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi tentang video berkenaan selain turut terhibur dengan telatah pemilik premis tersebut.

Setakat ini, perkongsian itu telah mencapai lebih daripada 30,000 jumlah tontonan serta 1,000 tanda suka dan dijangka akan meningkat dari masa ke semasa.

Disebalik gelak tawa, marilah kita bersama-sama mendoakan agar masyarakat yang dijangkiti segera sembuh serta mengharapkan angka jangkitan semakin menurun. Amin.

Kredit: Facebook Muhammad Hafiz Zarin I Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas