Connect with us

Oh! Media

Bunyikan Hon Beri Laluan Kepada Van Jenazah, Tindakan ‘Spontan’ Rider Dipuji

Cover Photo Om 1200 X 675 24

Oh! Inspirasi

Bunyikan Hon Beri Laluan Kepada Van Jenazah, Tindakan ‘Spontan’ Rider Dipuji

Tindakan spontan penghantar makanan, Muhammad Aziimul Fahmi Zanah membunyikan hon motosikal untuk memberi laluan kepada van jenazah mendapat perhatian ramai.

Menerusi perkongsian video di Facebook Mr Wan Cai Official, jalan pada ketika itu sangat sesak dengan kenderaan yang beransur pulang ke rumah dari tempat kerja.

Aziimul Fahmi yang kebetulan baru keluar daripada pusat beli belah Midvalley segera membunyikan hon memberi amaran kepada pemandu yang lain.

IKLAN

Lebih mengharukan apabila abang rider berkenaan membantu menjaga jalan sehingga ke tanah perkuburan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bohol. Setibanya di sana, dia turut membantu mengangkat jenazah ke kubur.

Ketika dihubungi Harian Metro, Muhammad Aziimul Fahmi Zanah berkata pertolongan yang diberikan adalah ikhlas bertujuan untuk memudahkan urusan orang lain.

Sangat berterima kasih kerana telah membantu van jenazah bergerak dengan lancar, Mr Wan Cai Official menerusi sesi live mendoakan semoga rider berkenaan dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

Kredit: Mr Wan Cai Official , Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Teruskan membaca..
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas