Connect with us

Oh! Media

Lima Restoran Di Bukit Tinggi Dan RNR Genting Highlands Diarah Tutup Akibat Kotor!

Copy of Untitled Design   1

Trending

Lima Restoran Di Bukit Tinggi Dan RNR Genting Highlands Diarah Tutup Akibat Kotor!

Sebanyak lima premis makanan, termasuk restoran di Bukit Tinggi, Genting Highlands dan kawasan Rehat dan Rawat (RNR) di Pahang, diarah tutup semalam kerana gagal mematuhi standard kebersihan yang ditetapkan.

Menurut laporan Kosmo, premis-premis ini didapati berada dalam keadaan kotor hasil Operasi Mega Bersepadu Penguatkuasaan Perundangan Kesihatan Awam dan perkara ini dikatakan sendiri Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr. Rusdi Abd. Rahman.

Ratusan notis kompaun dikeluarkan terhadap premis makanan

Ohmedia img 7711

Operasi tersebut tidak hanya memfokuskan premis makanan, tetapi juga menyasarkan pelanggaran lain seperti larangan merokok dan pembiakan jentik-jentik.

IKLAN

Antara statistik yang direkodkan:

  • 185 notis di bawah Akta Makanan 1983 dengan jumlah kompaun RM57,600.
  • 463 notis di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 dengan kompaun RM114,850.
  • Lima notis untuk kesalahan pembiakan jentik-jentik dengan nilai kompaun RM2,500.

Menurut Dr. Rusdi, 455 daripada notis merokok melibatkan individu yang merokok di kawasan larangan.

Pahang rekod tertinggi tahun lepas

Ohmedia img 7712

Dr. Rusdi turut memaklumkan bahawa Pahang merekodkan 22,703 notis kesalahan berkaitan perundangan kesihatan awam sepanjang tahun lalu, dengan nilai kompaun mencecah RM6.39 juta.

Daripada jumlah itu, 2,028 kertas siasatan telah dibuka dan 114 kes disabitkan bersalah di mahkamah, melibatkan denda berjumlah RM273,900.

#OhmediaNasihat

Pastikan premis makanan yang anda kunjungi bersih dan selamat. Sentiasa peka dengan larangan kesihatan awam seperti merokok di kawasan tertutup atau membiarkan tempat berisiko menjadi tempat pembiakan nyamuk. Kebersihan adalah tanggungjawab bersama!

Copy of Untitled Design   1

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Kosmo


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas