Connect with us

Oh! Media

(Video) Kanvas Lori Terbang Nyaris Bunuh Penunggang Dan Pembonceng Motosikal

kemalangan

Trending

(Video) Kanvas Lori Terbang Nyaris Bunuh Penunggang Dan Pembonceng Motosikal

Kami yakin pasti ramai yang akan berasa seram tiap kali berselisih dengan kenderaan yang lebih besar daripada kita. Tidak kira motosikal mahupun kereta, kalau selisih dengan lori kontena mesti akan kecut perut punya.

ADVERTISEMENT

Lagi-lagi bila ada pemandu lori yang memandu macam orang gila, bawa laju dan memotong pula lori lain dihadapan. Itu tidak kira lagi sikap pemandu lori atau bas yang suka menukar lane sesuka hati tanpa hiraukan kenderaan kita dibelakang.

Perasaan mereka yang menunggang motosikal lebih mendebarkan tiap kali berada di sebelah lori.

Dua orang penunggang motosikal nyaris digilis lori minyak

Begitulah nasib yang dialami dua orang penunggang motosikal yang nyaris maut selepas kain kanvas sebuah lori tiba-tiba tertanggal dan terbang membaluti mereka.

Kain kanvas yang menutupi lori berkenaan pada awalnya sudah dapat dilihat ‘berkibaran’ kerana tidak diikat dengan kemas. Angin yang kuat akhirnya membuatkan kain kanvas tercabut dan terbang ke arah penunggang motosikal terbabit. Mangsa tidak sempat mengelak kerana kanvas berkenaan terus membaluti mereka yang berada di belakang lori.

Penunggang motosikal yang tidak dapat melihat jalan hilang kawalan dan terlanggar pula tanyar sebuah lori minyak dan jatuh di tengah-tengah jalan.

Lori punca kemalangan larikan diri

Mangsa bagaimanapun dilihat selamat selepas terus berdiri sebaik terjatuh. Lori minyak yang perasan kemalangan yang berlaku memberhentikan kenderaan untuk membantu mangsa. Malangnya, lori yang menjadi punca kemalangan melarikan diri tanpa dikesan. Nasib baik ada rakaman dashcam ni dan dapat dilihat dengan jelas nombor plat lori terbabit.

Video rakaman dashcam pemandu lain yang betul-betul berada di belakang mangsa.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas