Connect with us

Oh! Media

(VIDEO) Atlet Israel Cetus Kontroversi, Hancurkan Katil Kadbod Yang Disediakan Di Tokyo

Oh! Tidak

(VIDEO) Atlet Israel Cetus Kontroversi, Hancurkan Katil Kadbod Yang Disediakan Di Tokyo

Olimpik Tokyo telah membuka tirai bermula pada 23 Julai 2021 sehingga 8 Ogos 2021 yang mempertandingkan sebanyak 342 acara dalam 33 sukan melibatkan 206 negara yang akan bertanding bagi merebut pingat untuk negara masing-masing.

ADVERTISEMENT

BACA: (VIDEO) “Patutlah Lama Menghilang..” – Peserta Olimpik Iras Shaheizy Sam Cuit Hati Netizen

Temasya berprestij ini juga menjadi salah satu acara yang mempunyai keunikan tersendiri apabila kerajaan Jepun memutuskan untuk menggunakan barang kitar semula bagi menjayakan Olimpik tahun ini. Ia termasuklah pembuatan pingat dan katil yang dikitar semula.

Perkara yang mendapat perhatian adalah penciptaan kreatif katil yang disediakan apabila ia dibuat 100% daripada kadbod dan mampu menampung berat hampir 200 Kg sehingga mendapat perhatian daripada golongan pencinta alam sekitar.

Namun, disebalik keunikan katil itu, muncul pula tindakan tidak bertanggungjawab daripada atlet Israel apabila mereka bertindak merosakkan katil kadbod itu bagi membuktikan sama ada katil itu kukuh atau tidak.

Dalam video yang tular itu, atlet pasukan besbol Israel, Ben Wenger serta lapan lagi rakannya melakukan tindakan ekstrim dengan melompat di atas katil tersebut menyebabkan ia rosak. Padahal, katil tersebut akan digunakan kembali oleh atlet Paralimpik yang bakal turun pada bulan depan.

Katil yang digelar anti-maksiat itu oleh kerana mahu mengelakkan daripada aktiviti persetubuhan antara atlet dilihat hampir hancur selepas mereka mahu menguji kekuatan katil kadbod itu.

Wenger melalui video tersebut berkata bahawa katil tersebut mendapat banyak pertanyaan dari kalangan atlet sama ada ia kukuh ataupun tidak dan mereka mahu menguji berapa banyak orang diperlukan untuk memecahkan katil tersebut.

Banyak pertanyaan mengenai tempat tidur di Olympic Village, jadi hari ini kita akan memeriksa dan melihat berapa ramai orang yang diperlukan untuk memecahkan salah satu tempat tidur kadbod ini.

Menurut Vocket, pada mulanya Wenger sahaja yang memulakan lompatan sebelum disertai oleh rakannya yang lain. Aksi mereka terhenti apabila katil tersebut rosak selepas lapan daripada mereka melompat secara serentak.

Aksi yang dibuat oleh atlet Israel itu disememangnya mendapat reaksi yang negatif daripada netizen yang menyifatkan perbuatan mereka seolah-olah tidak menghargai pemberian katil percuma itu. Netizen juga berang kerana katil itu juga akan digunakan bagi atlet Paralimpik kelak, namun dihancurkan oleh mereka.

Kredit: Youtube Tribun Travel

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top