Connect with us

Oh! Media

Ustaz Pura-Pura Dipukul Demi ‘Content’, Kantoi Bila Dipanggil Pegawai Penyiasat

Ustaz Nasihin

Trending

Ustaz Pura-Pura Dipukul Demi ‘Content’, Kantoi Bila Dipanggil Pegawai Penyiasat

Di Palembang, Indonesia, kecoh diperkatakan mengenai seorang guru agama berpura-pura dipukul sekumpulan lelaki semata-mata ingin meraih tontonan di Youtube.

BACA: Demi Content TikTok, Sanggup ‘Edit’ Gambar Kahwin Orang Lain

Perkara itu terbongkar apabila video menjadi tular dan mendapat perhatian pihak polis. Difahamkan, pegawai penyiasat telah memanggil Ustaz Nasihin untuk memberi keterangan mengenai kejadian yang menimpa dirinya.

IKLAN

Ketua Polis Lampung, Reynold Hutagalung berkata, siasatan lanjut dijalankan untuk menjaga keselamatan penduduk di kawasan itu.

Tangkapan layar video aksi pembegalan

Hasil siasatan mendapati kejadian pukul yang ditayangkan di dalam video tular adalah tidak benar. Jelasnya, video itu dibuat untuk kepentingan konten di Youtube sahaja.

Ustaz Nasihin berkata, video tersebut dibuat untuk tujuan pendidikan dan hiburan semata-mata.

Artinya, jangan dibawa ke dunia nyata. Ini hanya gambaran agar masyarakat lebih berhati-hati ketika pergi sendirian, terutama di jalan sepi.

Dia walau bagaimanapun meminta maaf kepada penduduk Lampung kerana telah mencemarkan nama baik tempat itu.

88039 video ustaz nasihin

Video berdurasi tiga minit bertajuk “Perjalanan di Lampung Ustad Nasihin Kena Begal” itu dimuat naik pada 13 Oktober lalu. Dalam rakaman itu, Ustaz Nasihin dihalang sekumpulan lelaki lain yang memakai pelitup muka.

Sekumpulan lelaki itu memeras ugut dengan meminta wang dan barang peribadi miliknya secara paksa. Kemudian, berlaku pergelutan sehingga tercetus pergaduhan di antara mereka.

Adoi, macam-macam hal sekarang ini kan? Nak viral punya pasal.

Kredit: Kompas

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas