Connect with us

Oh! Media

Tyzo Xander

Oh! Tidak

Tyzo Xander Dikecam Sebab Ini Ketika Mula-Mula Masuk IKIMfm

Sebelum ini nama penyampai radio, Tyzo Xander hangat diperkatakan di media sosial apabila dirinya diberhentikan dari stesen radio Suria FM sebelum beralih ke IKIMfm.

BACATyzo Xander Bakal Bersiaran Di Stesen Radio Baru Bermula Mac Ini

IKLAN

Terbaru! Menurut laporan Harian Metro, Tyzo mendedahkan yang dia permah dikecam selepas mengertai stesen radio baru yang dia bekerja itu disebabkan penampilan dan gayanya.

Walau bagaimanapun, selepas beberapa bulan situasa berubah apabila netizen dah boleh menerima kehadirannya di radio itu.

Pada awalnya memang saya menerima kecaman daripada netizen mungkin kerana cara penyampaian saya masih berbunyi hiburan.

Tetapi pada saya, ianya bukan hanya sekadar hiburan malah ianya untuk memberi senyuman kepada pendengar di luar sana.

Kini komen berunsur kecaman semakin berkurangan dan saya berharap agar mereka akan menerima saya sebaik mungkin dan saya juga akan berusaha memberikan yang terbaik.

Tyzo juga berkata yang dia masih lagi berhubung dengan rakan lamanya di stesen radio sebelum ini.

Saya masih berhubung dengan rakan setugas dahulu, tetapi tidaklah begitu kerap dan saya juga tidak melihat sebarang keperluan untuk berhubung dengan pihak atasan.

Seperti yang sudah semua maklum saya berhenti bekerja di Suria FM bukan atas permintaan saya sendiri walaupun saya baru sahaja memenangi anugerah penyampai radio popular. 

Tidak dinafikan perasaan rindu itu tetap ada kerana mempunyai pasangan penyampai yang baik tetapi sekarang saya juga membentuk persefahaman yang makin baik apabila bekerjasama dengan rakan penyampai baharu.

Penyampai radio itu juga memberitahu apa pembaharuan yang dia dapat apabila beralih ke stesen radio baru ini.

Saya tidak mengubah apa-apa, cuma pengetahuan kini semakin bertambah kerana saya lebih banyak berjumpa dengan cendekiawan dan para ilmiah di luar sana.

Temubual juga banyak menyentuh isu kemanusiaan, keagamaan, wasiat dan lain-lain.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas