Connect with us

Oh! Media

Tular Video Sekumpulan Individu Langgar SOP, Polis Jalankan Siasatan

Trending

Tular Video Sekumpulan Individu Langgar SOP, Polis Jalankan Siasatan

Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial memaparkan sekumpulan individu yang melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) di di Jalan Little India, Pekan Brickfields, Kuala Lumpur pada 3 November lalu.

ADVERTISEMENT

BACA: Langgar SOP, Tiga Parti Politik Dikompaun RM18,000

Video berdurasi 29 saat itu tular ketika sambutan Deepavali sebelum ini dikatakan semasa orang ramai menyaksikan pertunjukan bunga api sehingga berlaku kesesakan yang teruk.

Dalam pada itu, orang ramai turut mempersoalkan kesesakan itu yang seakan-akan melanggar SOP dan mampu mencetuskan penularan secara besar-besaran.

Polis jalan siasatan isu sekumpulan individu langgar SOP

Berhubung dengan kejadian itu, polis telah menjalankan siasatan mengenai video yang tular itu yang menyaksikan sekumpulan individu telah melanggar SOP yang ditetapkan.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni, terdapat juga video yang menunjukkan sekumpulan lelaki yang giat bermain alat muzik sambil menari di tengah jalan.

Video ini juga menunjukkan sekumpulan lelaki sedang bermain alat muzik (gendang) sambil menari dan kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 11 malam hingga 12.30 tengah malam.

Menerusi video itu juga memaparkan suasana sambutan perayaan Deepavali tanpa penjarakan sosial dan kelihatan beberapa orang awam didapati tidak memakai pelitup muka.

Jelasnya lagi, beliau juga turut menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan video tersebut kerana bimbang akan mendatangan kebimbangan awam.

Selain itu, pihak polis juga turut memandang serius jika berlaku sebarang pelanggaran SOP dan penyiasatan akan dijalan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Bagaimanapun, pihaknya juga memohon bantuan orang ramai yang mampu menjadi saksi kejadian agar segera tampil ke balai polis berdekatan untuk membantu siasatan.

Mereka juga boleh menghubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999.

Kredit: Kosmo! I Facebook Aku Bangsa Johor

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas