Connect with us

Oh! Media

Tular Video Lelaki Pukul Warga Asing Tunggang Basikal Guna Besi

Cd218f66 f4d9 40f2 a0c5 a8739db0e1ca

Trending

Tular Video Lelaki Pukul Warga Asing Tunggang Basikal Guna Besi

Tular satu video di media sosial menunjukkan seorang lelaki warga asing dipukul seorang lelaki dengan sebatang besi. Apa kes pula ni?

BACA : Lelaki Sanggup Tukar Cat Nissan GT-R Elak Ditahan Polis, Tapi Isteri Sendiri Kantoikan?

Menurut laporan Berita Harian, kejadian berlaku di persimpangan lampu isyarat di Jalan Seri Manjung – Segari pada 13 Mac lepas dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi.

IKLAN

Pihak polis telah mengenalpasti suspek dan dia juga dikatakan akan hadir untuk beri keterangan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Manjung.

Kita mengesan pemilik kereta berkenaan iaitu seorang lelaki warga tempatan yang berasal dari Ayer Tawar, Manjung. Lelaki berusia 50-an itu memaklumkan keretanya dipinjam oleh rakannya iaitu suspek pada hari kejadian.

Susulan itu, kita juga sudah mengenal pasti suspek berusia 30-an yang berasal dari Batu Gajah dan dia akan datang untuk beri keterangan esok.

Walaubagaimanapun, mangsa yang dipercayai seorang warga asing yang menunggang basikal dalam video yang tular itu masih belum membuat laporan polis berhubung hal ini.

Kredit: Berita Harian | Youtube Harian Semasa

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas