Connect with us

Oh! Media

Lelaki Sanggup Tukar Cat Nissan GT-R Elak Ditahan Polis, Tapi Isteri Sendiri Kantoikan?

5ea9a6ef 3e1b 40ba 9f81 a7e40ab208c8

Trending

Lelaki Sanggup Tukar Cat Nissan GT-R Elak Ditahan Polis, Tapi Isteri Sendiri Kantoikan?

Untuk mengelirukan pihak polis, seorang pemilik kereta sport sanggup menukar cat keretanya ke warna lain. Dah kenapa sampai macam tu?

Menurut laporan Pandu Laju, terdapat satu rakaman kamera pemuka (dashcam) menunjukkan beberapa buah kereta sport sedang memecut laju dalam terowong di Lebuhraya Kallang-Payar Lebar di Singapura.

Setelah menyedari video yang turut melibatkan dirinya yang memandu kereta sport jenis Nissan GT-R berwarna biru, dia terus menukar cat kereta pada keesokan harinya di bengkel cat miliknya sendiri.

IKLAN

Polis cuba menyerbu kedai cat tersebut dan mendapati terdapat sebuah Nissan GT-R berwarna kuning tanpa spoiler dan nombor pendaftaran. Tapi, lelaki berkenaan tidak mengaku dengan mengatakan kereta tersebut adalah kepunyaan pelanggannya.

Walaubagaimanapun, isteri kepada lelaki hadirkan diri ke balai polis bersama kereta berkenaan tiga hari kemudiannya dan membongkarkan perkara ini.

Lelaki berkenaan telah didakwa atas tuduhan mengelirukan polis dan dipenjara seminggu selepas mengaku bersalah. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tahun juga..

Kredit: Pandu Laju

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas