Connect with us

Oh! Media

Tular Pengasuh Baling ‘Parcel’ Pada Bayi, 2 Wanita Ditahan

Pengasuh

Trending

Tular Pengasuh Baling ‘Parcel’ Pada Bayi, 2 Wanita Ditahan

Sebelum ini kami melaporkan terdapat sebuah video yang tular di media sosial memaparkan tindakan beberapa orang individu dipercayai pengasuh sebuah pusat taska sedang ‘membuli’ beberapa orang kanak-kanak termasuk seorang bayi.

ADVERTISEMENT

BACA : Tular Pengasuh Baling ‘Parcel’ Pada Bayi, Polis Jalankan Siasatan

Menurut laporan Harian Metro, polis mengesahkan dua wanita berusia 20-an yang terbabit dalam video itu ditahan bagi membantu siasatan diatas tindakan mereka yang membaling bungkusan kepada bayi berkenaan.

Kejadian berlaku di sebuah taska Bayan Baru sebelu menerima dua laporan polis dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Kamarul Rizal Jenal.

Siasatan mendapati kejadian berkenaan berlaku pada 24 November lalu pada 6.45 petang di sebuah taska di Bayan Baru.

Video itu kemudian dimuat naik ibu bayi berkenaan di media sosial.

Dua pengasuh berkenaan ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Kanak Kanak 2001. Semoga perkara sebegini tidak berlaku lagi dan pesalah akan dikenakan tindakan yang setimpal. Kesian budak-budak yang tak bersalah tu.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas