Connect with us

Oh! Media

Tular Pengasuh Baling ‘Parcel’ Pada Bayi, Polis Jalankan Siasatan

Trending

Tular Pengasuh Baling ‘Parcel’ Pada Bayi, Polis Jalankan Siasatan

Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial memaparkan tindakan beberapa orang individu dipercayai pengasuh sebuah pusat taska sedang ‘membuli’ beberapa orang kanak-kanak termasuk seorang bayi.

ADVERTISEMENT

BACA: Sorok Mayat Bayi Dalam Peti Sejuk, Ini Hukuman Yang Dijatuhkan Kepada Pengasuh

Menerusi perkongsian daripada seorang pengguna laman Facebook yang dipercayai ibu kepada kanak-kanak tersebut, dia telah meluahkan rasa sedih akan kejadian yang menimpa anaknya itu.

Pos dekat sini la sebagai kenangan. Nanti baby tu dah besar. Dia boleh tengok apa yang orang dah buat dekat dia.

Semoga Allah pelihara anak-anak syurga yang lain. Aku selalu tengok dekat anak orang ja. Sekali anak aku yang kena. Aku dah cukup baik.

Dirakam secara tersembunyi, pengasuh baling ‘objek’ pada bayi merangkak

Berdasarkan klip video itu, kelihatan seorang wanita telah bertindak membaling sebuah objek seakan-akan parcel pada bahagian belakang bayi yang sedang merangkak itu.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan apakah objek yang dilemparnya, namun dalam keadaan seperti itu, ia seakan-akan tidak patut berlaku.

Menurut sumber, video tersebut dipercayai telah dirakam secara sembunyi oleh seorang ahli keluarga kanak-kanak yang tinggal di pusat jagaan tersebut.

Sebelum kejadian itu berlaku, kelihatan seorang lagi wanita yang lain turut menarik rambut serta menolak kepala seorang budak lelaki dengan agak kasar.

Sudah terima laporan, polis giat jalankan siasatan

Berhubung dengan perkara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, pihaknya telah pun menerima laporan mengenai kejadian itu semalam.

Menurutnya, kejadian tersebut berlaku di sebuah taska di Bayan Baru, Pulau Pinang yang mana pusat jagaan itu menempatkan kanak-kanak termasuklah bayi.

Kata Kamarul, pihak polis sedang giat menjalankan siasatan berhubung kes penganiayaan terhadap seorang bayi itu dengan lebih terperinci dan kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Kanak Kanak 2001

Kredit: Facebook Cahaya Naziha Mohd Nhazeri I Utusan Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas