Connect with us

Oh! Media

Tular Penampakan ‘Entiti’ Melalui CCTV, Pihak Masjid Tampil Beri Penjelasan

Oh! Tidak

Tular Penampakan ‘Entiti’ Melalui CCTV, Pihak Masjid Tampil Beri Penjelasan

Baru-baru ini tular sebuah video di media sosial memaparkan sebuah entiti menyerupai seseorang berjubah putih yang berjaya dirakam melalui Kamera Litar Tertutup (CCTV).

ADVERTISEMENT

BACA: Tular ‘Entiti Misteri’ Berjalan Sambil Bawa Batu Nisan, Kejutkan Pengguna Jalan Raya

Kejadian yang dikatakan berlaku di Masjid Banggol Peradong, Kuala Terengganu sehingga mencetuskan ketakutan orang ramai termasuklah penduduk sekitar.

Menerusi video berdurasi 29 saat itu, jelas kelihatan sesosok misteri berkain putih sedang berdiri pada ruangan solat masjid pada waktu malam.

Pihak Masjid beri penjelasan isu penampakan ‘entiti’

Selepas video tersebut tular, pihak pengurusan Masjid Banggol Peradang telah tampil memberikan penjelasan bagi menjernihkan keadaan.

Menurut Pengerusi Keselamatan Kampung, Zulfikli Mamat, dia menafikan kewujudan entiti seakan-akan pontianak itu yang kononnya telah dirakam oleh CCTV masjid itu.

Tambahnya, video yang tular itu sebenarnya hanyalah rekaan sahaja dan bertujuan untuk bergurau dengan jawatankuasa yang ditugaskan memantau CCTV itu.

Kami baru sahaja memasang CCTV dan jawatankuasa yang dilantik untuk memastikan kelancarannya memaklumkan klip video itu sebenarnya telah direka hanya sebagai gurauan.

Jelasnya lagi, pada awalnya tujuan video tersebut dihasilkan hanya lah sekadar gurauan, namun ada pula pihak yang menyebarkan video tersebut sehingga mencetuskan tanda tanya orang ramai.

Begitupun ia tiba-tiba menjadi serius apabila disebarkan pihak tidak diketahui hingga menjadi tular di media sosial.

Risau akan menimbulkan fitnah serta salah faham, pihak masjid juga memohon agar berhenti menyebarkan video tidak benar itu di media sosial.

Selain itu, Zulkifli juga turut memohon maaf akan perkara itu selain berharap orang ramai supaya tidak takut untuk hadir bagi mengimarahkan masjid tersebut.

Kredit: Facebook GENJI Buskers I Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas