Connect with us

Oh! Media

Tular Lelaki Berpaut Di Belakang Lori Tangki, Disyaki Ada Masalah Mental

Trending

Tular Lelaki Berpaut Di Belakang Lori Tangki, Disyaki Ada Masalah Mental

Viral di media sosial semalam aksi bahaya seorang lelaki berpaut pada belakang sebuah lori tangki dalam keadaan kenderaan itu sedang bergerak.

ADVERTISEMENT

BACA: Polis ‘Menyorok’ Depan Lori, Terus Pecut Kejar Kereta Guna Lorong Kecemasan

Rakaman yang dikongsikan laman Facebook Inforoadblock memaparkan lelaki itu kemudiannya terjatuh dan hampir dilanggar kenderaan lain.

Terbaru, Harian Metro melaporkan lelaki berkenaan dipercayai mengalami masalah mental. Pemandu lori tidak menyedari ada orang berpaut pada lorinya sehinggalah video tular di laman sosial.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, pemandu lori tampil ke Balai Polis Temerloh petang semalam untuk membuat laporan mengenai kejadian.

Siasatan awal mendapati mangsa memanjat belakang lori tangki yang berhenti di sebuah stesen minyak di Bandar Lanchang. Pemandu lori terus beredar dari stesen minyak itu tanpa sedar mangsa berpaut di bahagian belakang.

Mangsa yang bertindak terjun ketika lori sedang bergerak mengalami kecederaan di bahagian atas mata kiri, tangan kiri serta kaki kanan. Kes disiasat mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan.

Aduhai bahaya betul, nasib kecederaan ringan je.

Kredit: Harian Metro | Inforoadblock

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas