Connect with us

Oh! Media

Tular Individu Bertekak Dengan ‘Security’ Isu Jaga Anak, Pihak Pengurusan Buka Mulut

Trending

Tular Individu Bertekak Dengan ‘Security’ Isu Jaga Anak, Pihak Pengurusan Buka Mulut

Sebelum ini, tular sebuah video di media sosial memaparkan seorang individu yang telah menimbulkan kekecohan dengan memarahi seorang pengawai keselamatan di sebuah apartment.

ADVERTISEMENT

BACA: (Video) Wanita Ini Maki Hamun Pengawal Keselamatan Di Pintu Masuk Gedung Perabot Popular

Menerusi sebuah video yang dikongsikan oleh seorang pengguna aplikasi TikTok bernama druglordrxdl, individu itu dilihat telah melontarkan kata-kata kesat serta ugutan secara fizikal.

Difahamkan, individu tersebut bersama isterinya dipercayai telah meninggalkan anaknya di meja pengawal keselamatan dan menyuruh pekerja itu menjaganya sementara waktu.

Namun, pasangan itu dikatakan berang selepas anak mereka tidak terjaga kerana security itu telah ke tempat lain untuk melakukan tugasnya.

Supervisor datang lihat kecohan seorang individu

Kemudian, seorang lelaki dipercayai seorang supervisor kepada pekerja tersebut telah tampil di lokasi kejadian bagi melihat kekecohan yang berlaku.

Namun lain pula jadinya apabila individu tersebut dikatakan turut memarahinya sebelum menegaskan bahawa menjaga anak orang bukanlah bidang pekerjaan mereka.

Menerusi video itu juga, individu tersebut nekad meninggikan suara serta mengeluarkan kata-kata kesat serta ugutan untuk melaporkan kepada pihak berkuasa.

Pihak pengurusan apartment tampil muka mulut

Berhubung dengan perkara itu, pihak pengurusan apartment tersebut telah tampil mengeluarkan sebuah poster bagi menerangkan situasi sebenar yang berlaku.

Menerusi sebuah hantaran di laman Twitter, individu yang merupakan penyewa itu telah meninggalkan anaknya di meja sekuriti ketika pengawal keselataman sedang melakukan pertukaran anggota untuk melakukan rondaan di sebuah blok apartment tersebut.

Kejadian yang disaksikan orang awam itu memaparkan aksi individu tersebut yang memaki hamun pekerja itu kerana tidak menjaga anak mereka selain cuba melakukan kekasaran secara fizikal.

https://twitter.com/mynewshub/status/1454251846709645312

Selain itu, pihaknya juga telah mengambil tindakan serta memaklumkan kepada pihak polis terhadap insiden itu bagi melakukan sisatan susulan.

Mengakhirinya ulasannya, pihak pengurusan juga menegaskan bahawa tugas penjagaan anak tidak dinyatakan dalam skop pekerjaan pengawal keselamatan.

Kredit: TikTok druglordrxdl I Twitter MYNEWSHUB

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas