Connect with us

Oh! Media

“Tolong Upgrade” – Ibu Mahu Pihak Kantin Sekolah Mula Guna Sistem Pembayaran ‘Cashless’

Ohmedia ibu Mahu Sistem Cashless

Oh! Tidak

“Tolong Upgrade” – Ibu Mahu Pihak Kantin Sekolah Mula Guna Sistem Pembayaran ‘Cashless’

Zaman sekarang ni mesti ramai yang tak simpan duit cash kan? Disebabkan itu, seorang wanita di Facebook mencadangkan pihak sekolah atau Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mewujudkan sistem pembayaran cashless.

Difahamkan cadangan yang dibuat untuk memudahkan urusan harian pelajar selain daripada mengatasi pelbagai masalah yang dihadapi oleh ibu bapa.

Hantaran yang dikongsi menjadi tular kerana wanita bernama Nur Hafizah menekankan keperluan sistem ini supaya selari dengan perubahan zaman.

IKLAN

Dari duk pening nak memeningkan lagi sillabus yang sudah sedia pening, meh upgrade tang ni dulu.

Boleh tak kantin sekolah upgrade sistem pembayaran. Sekarang semua nak cashless, dari Touch N Go ke e-Wallet mak pak takde dah duit fizikal nak bagi dekat anak anak.

Satu hal nak kena cari duit tukar malam malam buta bila lupa cash dah habis untuk anak anak esoknya.

Cadangkan tiga kaedah pembayaran

Bukan tu jer, dia juga memberikan penerangan lengkap kepada setiap kaedah yang dinyatakan.

Katanya, sistem ini akan menyelesaikan banyak masalah seperti kehilangan duit, kecurian dan juga caj berlebihan oleh makcik kantin.

Susulan itu, dia berharap agar cadangan yang diberi akan dipertimbangkan supaya boleh memudahkan urusan.

Wah bagus juga kalau semua sekolah di Malaysia guna cara ni. Yelah kan, jarang orang sekarang pegang cash sangat. Diharapkan KPM boleh mengambil cadangan Hafizah untuk digunakan pada masa hadapan.

Ohmedia ibu Mahu Sistem Cashless

Jap!


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Shazwani Athira
Shazwani, bekas pelajar internship di Oh! Media dan pernah berkhidmat sebagai penulis separuh masa yang fokus pada isu-isu trending dan topik hangat, memastikan pembaca sentiasa mendapat berita yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas