Connect with us

Oh! Media

JPJ Lanjut Tempoh Diskaun Saman Sehingga 15 Disember, Bayaran ‘Cashless’ Digalakkan

Trending

JPJ Lanjut Tempoh Diskaun Saman Sehingga 15 Disember, Bayaran ‘Cashless’ Digalakkan

Berita baik bagi mereka yang tidak sempat melunaskan saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) apabila agensi berkenaan telah melanjutkan tempoh diskaun pembayaran kompaun sehingga 15 Disember ini.

ADVERTISEMENT

BACA: PDRM Dan JPJ Tawar Diskaun Saman Sehingga 80%, Netizen Luah Rasa Teruja

Pengumuman itu dibuat JPJ menerusi sebuah hantaran di Facebook di mana pihak mereka juga mengesyorkan agar kompaun yang dikenakan dibayar secara tanpa tunai (cashless).

Dalam hantaran tersebut, JPJ memaklumkan bahawa diskaun pembayaran itu sah di semua kaunter JPJ negeri, bahagian dan Pusat Transformasi Bandar (UTC).

Terdahulu, orang ramai dilaporkan telah berkumpul selama dua hari di KLCC selepas kedua-dua agensi JPJ dan Polis Diraja Malaysia telah mengumumkan penurunan diskaun sebanyak 80 peratus untuk kompaun terpilih.

Walau bagaimanapun, kaunter berkenaan telah ditutup sehingga hari Jumaat lalu selepas mereka menerima jumlah kunjungan terlebih luar biasa sehingga mendatangkan kebimbangan kepada ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 di lokasi terbabit.

Kredit: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas