
Oh! Tidak
Timbalan Pendakwa Raya SPRM Ditahan Polis Kes Dadah
Seorang Timbalan Pendakwa Raya SPRM ditahan polis selepas ditemui dadah di rumahnya.
Terkini! Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan seorang pegawainya iaitu Timbalan Pendakwa Raya (TPR) yang baru melapor bertugas minggu lalu ditahan pihak berkuasa.
Memetik laporan Harian Metro, pegawai terbabit ditahan di rumahnya selepas dipercayai memiliki bahan terlarang disyaki dadah.
SPRM tidak akan berkompromi

SPRM menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dengan sebarang salah laku, pelanggaran undang-undang atau perbuatan jenayah yang dilakukan oleh pegawai atau kakitangan sendiri.
SPRM juga memberi jaminan akan memberikan kerjasama sepenuhnya berhubung penahanan itu dan menyerahkan siasatan kepada pihak polis.
Pssttt! Isu ini jelas menggugat imej SPRM, namun ketegasan mereka untuk tidak melindungi pegawai sendiri menunjukkan komitmen tinggi terhadap integriti. Bagi Oh! Media, setiap salah laku perlu diadili tanpa pilih kasih, lebih-lebih lagi apabila melibatkan agensi penguat kuasa.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
