Connect with us

Oh! Media

TikToker ‘Mengemis’ Gift Sampai Sanggup Cuci Muka Dengan Air Mangkuk Jamban

tiktoker

Oh! Tidak

TikToker ‘Mengemis’ Gift Sampai Sanggup Cuci Muka Dengan Air Mangkuk Jamban

Demi mendapatkan ‘hadiah’, beberapa orang TikToker sanggup mencuci muka dengan air mangkuk tandas selepas kalah dalam cabaran di TikTok.

ADVERTISEMENT

BACA: TikToker Buat ‘Content’ Kentut Di Speaker Kapal TLDM, Netizen Gesa Tindakan Diambil

Video viral itu memaparkan mereka mengambil air kotor tersebut sambil disaksikan penonton secara langsung.

Hal ini mengundang reaksi kurang senang netizen dan mendapat teguran daripada pengguna media sosial, Adam Belacak.

@belacakman

Jangan buat ini macam tak bagus..

♬ bunyi asal – ADAM BELACAK

Menurut Adam, dia tak sangka ada orang terdesak sebegini sehingga sanggup bertindak di luar jangkaan. Namun Adam berfikiran positif menganggap pelaku tak sedar dengan perbuatannya itu.

Sebagai orang Melayu dan beragama Islam, dia mengambil langkah memberi peringatan supaya TikToker tak buat cabaran sebegitu lagi.

Minta maaf saya tak patut tegur, mungkin abang terdesak. Walau terdesak macam mana pun, kita kena ada jati diri. Nanti orang akan tengok, “kenapa macam ni?”.

Orang berfikiran singkat pula akan fikir, “Melayu kalau nak live, macam ni”. Sebenarnya segelintir saja, tapi kita bawa imej tu.

Dia bimbang generasi akan datang menjadikan cabaran ini sebagai rujukan sehingga mengakibatkan mereka melakukan cabaran yang lebih extreme.

Sesusah-susah pengemis pun dia usaha bang, bukan macam ni.

Malah, ianya akan menghilangkan kesungguhan budak-budak mencari wang dengan cara yang betul kerana menganggap ‘jalan’ ini lebih mudah.

Semoga teguran abang ini dapat dijadikan iktibar buat TikToker dan content creator di luar sana tu.

Kredit: TikTok @belacakman

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas