Connect with us

Oh! Media

TikToker Buat ‘Content’ Kentut Di Speaker Kapal TLDM, Netizen Gesa Tindakan Diambil

tiktoker kapal tldm

Oh! Tidak

TikToker Buat ‘Content’ Kentut Di Speaker Kapal TLDM, Netizen Gesa Tindakan Diambil

Baru-baru ini, seorang content creator di TikTok mengundang kecaman ramai gara-gara menghasilkan video yang dianggap menghina aset keselamatan negara dan institusi ketenteraan.

ADVERTISEMENT

Video tersebut difahamkan telah dipadam namun dikongsi semula oleh pengguna media sosial yang lain. Dalam rakaman itu, kelihatan TikToker dikenali sebagai Zuraidah Nasir naik ke atas kapal semasa Hari Terbuka Armada.

@nizamlanun semoga TLDM sentiasa gah #navypeople🇲🇾⚓ ♬ bunyi asal – nizamlanun

Apa yang membuatkan orang ramai tak berpuas hati adalah apabila TikToker ini berlakon seolah-olah sakit perut dan kentut di sistem pembesar suara di dalam kapal itu.

Pengguna TikTok, Fakhrin Tokai yang memberi reaksi kepada video itu meluahkan rasa terkejut dengan kandungan menghina tersebut.

@fakhrintokai Nak buat konten jangan sampai menghina. Yang dalam uniform hati-hati dengan konten anda. #tenteralautdirajamalaysia #angkatantenteramalaysia #royalmalaysiannavy #fakhrintokai #tldm ♬ original sound – Fakhrin Tokai

Beliau meluahkan rasa sedih apabila beberapa orang anggota tentera dipercayai turut terlibat dalam penghasilan video. Menurut maklumat yang diterimanya, anggota tersebut telah dipanggil untuk disoal siasat.

Jelasnya, anggota tentera yang terlibat mungkin akan dikenakan tindakan disiplin di atas faktor tingkah laku yang menjejaskan perkhidmatan.

Difahamkan, TikToker berkenaan telah tampil membuat permohonan maaf selepas teruk dikecam orang ramai.

BACA: “Tak Malu Ke?” – Netizen Selar Wanita Berhijab Rakam Aksi Berbaur Lucah Demi Content

Kredit: TikTok Fakhrin Tokai

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas