Connect with us

Oh! Media

Tiga Lelaki Berjaya Larikan Barangan Kemas Bersama Wang Bernilai RM1 Juta Di Kelantan

Polis1

Trending

Tiga Lelaki Berjaya Larikan Barangan Kemas Bersama Wang Bernilai RM1 Juta Di Kelantan

Terdapat satu kejadian dimana tiga lelaki telah merompak wang tunai bernilai RM1 juta dan barangan kemas. Pergh! Dasyat diorang ni.

BACA : Dua Beranak Maut Manakala Lima Cedera Dalam Kemalangan Babitkan Lima Kenderaan

Menurut laporan Harian Metro, kejadian berlaku di sebuah kedai pajak gadai di Pasir Mas pada pukul 4.45 petang semalam dan perkara ini dikatakan sendiri Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun.

IKLAN

Tiga lelaki berkenaan melakukan perbuatan itu dengan bertopeng dan dua daripada bersenjata dipercayai menggunakan pistol dan seorang lagi menggunakan pisau.

Pemilik premis berkenaan bersama empat orang pekerjanya dikatakan diikat dan dipaksa membuka pintu besi sebelum memasukkannya ke dalam sebuah beg.

Suspek kemudian mengambil kunci Perodua Alza berwarna putih milik mangsa sebelum melarikan diri.

Susulan kejadian, polis mengadakan Ops Tutup dan sekatan jalan raya (SJR) di seluruh Kelantan selain kawalan serta sekatan di pintu sempadan Malaysia-Thailand.

Bukan tu jer, pangkaan haram di sepanjang Sungai Golok juga dipantau untuk mengesan suspek dan kereta yang mereka gunakan.

Walaubagaimanapun, kereta yang digunakan suspek berjaya dijumai di Kuala Jambu, Tumpat dalam keadaan tidak berkunci. Kunci pula diletakkan pada kerusi penumpang.

Semoga ketiga-tiga mereka berjaya dijumpai bersama semua barangan yang telah dilarikan. 

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas