Connect with us

Oh! Media

Dua Beranak Maut Manakala Lima Cedera Dalam Kemalangan Babitkan Lima Kenderaan

Trending

Dua Beranak Maut Manakala Lima Cedera Dalam Kemalangan Babitkan Lima Kenderaan

Dua beranak maut dalam satu kemalangan jalan raya yang berlaku sekitar jam 11.50 malam tadi.

ADVERTISEMENT

Menurut Bernama, kereta jenis Toyota Avanza yang dinaiki kedua-dua mangsa dipercayai terlibat dalam kemalangan yang melibatkan lima buah kenderaan di Jalan Besar Palong Empat, Gemas.

BACA: Dua Beranak Maut Menjelang Sambutan Aidilfitri

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Supt Hoo Chang Hook mangsa, Mohd Azharruddin, 34, dan ibunya, Nor Rohaini, 62, disahkan maut ditempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.

Siasatan awal mendapati, sebuah MPV jenis Proton Exora dipandu wanita bersama seorang penumpang lelaki dalam perjalanan dari Dungun, Terengganu ke Melaka melalui jalan Palong. Pemandu dipercayai mengantuk dan keletihan menyebabkan kereta dipandu hilang kawalan.

Kereta itu kemudiannya dipercayai merempuh tayar belakang sebelah kanan lori jenis Nissan UD dipandu lelaki berusia 39 tahun dari arah bertentangan dan melanggar sebuah lagi Proton Exora di bahagian hadapan sisi kanan yang juga dari arah bertentangan

Menurut Supt Hoo lagi, wanita berkenaan kemudiannya melanggar sebuah lagi kereta Toyota Avanza yang dipandu wanita berusia 29 tahun bersama mangsa dan tiga penumpang lain dari arah depan sebelum melanggar sebuah lagi kenderaan model yang sama di belakangnya melanggar Proton Exora.

Lima mangsa lain mengalami kecederaan di bahagian kepala serta patah kaki manakala tiga lagi mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat kedua-dua mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Jempol bagi tujuan bedah siasat.

Kredit: Bernama

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas