Connect with us

Oh! Media

Tiba-Tiba Ada Benda Gigit Masa Buang Air Besar. Lelaki Cemas Tarik Ular Melekat Dekat Bontot

ular

Trending

Tiba-Tiba Ada Benda Gigit Masa Buang Air Besar. Lelaki Cemas Tarik Ular Melekat Dekat Bontot

Disebabkan ada kemalangan macam ni lah buat kita rasa seram juga tiap kali buang air besar dekat mana-mana. Apa boleh buat sebab malang tidak berbau dan begitu juga dengan nasib seorang lelaki yang digigit ular sawa batik ketika sedang membuang air besar di rumahnya sendiri.

ADVERTISEMENT

Kejadian yang berlaku di Selayang, Selangor pada 28 Mac lalu diceritakan semula oleh mangsa, Sabri Tazali di Twitter. Detik itu dianggap mangsa sebagai kejadian paling malang dalam hidupnya tetapi bersyukur kerana keluarga lain yang kena.

Ingat biawak rupanya ular…

Ketika itu saya sedang buang air besar dalam tandas. Saya ni jenis main telefon, dekat 15 minit main game. Masa tu saya tengah duduk, tiba-tiba ada seekor ular terkam di bahagian punggung.

Saya ingat biawak, sebab belakang rumah selalu ada biawak. Bila saya bangun, ular masih melekat di punggung. Saya terus tarik ular itu dan campak ke dinding. Tiba-tiba saya jadi panik nak buka pintu, saya tumbuk pintu sampai pecah.

Sabri akui terkaman ular itu tidak sakit tetapi dia hanya ingin mengetahui jenis ular dan dia menarik nafas lega apabila mengetahui ular yang menggigitnya tak bahaya.

Cuma takut ia membelit. Nasib baik saya yang kena, risau kalau kejadian itu berlaku pada mak atau anak-anak saudara saya, – Kongsinya lagi.

Sabri kemudian menghubungi pihak bomba untuk menangkap ular tersebut sebelum ke Hospital Selayang untuk rawatan.

Selepas 2 minggu, baru perasan ada baki gigi ular dengan punggung..

Terkaman ular itu dikatakan masih menghantuinya selepas 2 minggu kejadian kerana masih ada sepatuh gigi ular yang mungkin terpatah dan melekat di kawasan luka.

Dua minggu saya buang air besar di masjid belakang rumah. Lepas tu terpaksa tukar pintu tandas. Mangkuk tandas lama yang berwarna maroon juga sudah ditukar kepada yang putih.

Kejadian ini sememangnya mengejutkan dan jadi pengajaran juga untuk kita untuk sentiasa berhati-hati tidak kira di mana berada.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas