Trending
Terus Melonjak! Malaysia Catat Lebih 20k Kes Harian
Sebelum ini kami melaporkan yang Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menjangkakan yang kes harian akan terus meningkat dalam tempon beberapa minggu ternyata benar.
BACA : KJ Perjelas Sebab Kenapa Malaysia Bakal Cecah Sehingga 15k Kes Harian?
Setakat hari ini, sebanyak 20,939 kes jangkitan Covid-19 direkodkan dan berbanding yang dilaporkan semalam iaitu sebanyak 19,094 kes.
Daripada 20,939 kes harian yg dilaporkan pada hari ini;
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) February 11, 2022
•118 kes (0.56 %) kategori 3, 4 & 5
•20,821 kes (99.44%) kategori 1 & 2
Kategori 1 : 5,181 kes (24.74%)
Kategori 2 : 15,640 kes (74.7%)
Kategori 3 : 95 kes (0.45%)
Kategori 4 : 13 kes (0.06%)
Kategori 5 : 10 kes (0.05%) pic.twitter.com/i3IDruKyYq
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, angka hari ini menjadikan jumlah kumulatif di negara sebanyak 2,996,361 kes. Betul-betul hampir 3 juta!
Apapun, semoga semua rakyat terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan agar dapat mengurangkan risiko daripada dijangkiti.
Kredit: Twitter Noor Hisham
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
