Connect with us

Oh! Media

KJ Perjelas Sebab Kenapa Malaysia Bakal Cecah Sehingga 15k Kes Harian?

Trending

KJ Perjelas Sebab Kenapa Malaysia Bakal Cecah Sehingga 15k Kes Harian?

Semalam kami melaporkan mengenai Menteri, Khairy Jamaluddin mengatakan bahawa kes harian dijangka akan terus meningkat dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

ADVERTISEMENT

BACA : KJ Perjelas Kes Harian Dijangka Meningkat Dalam Tempoh Terdekat

Hari ini pula kita dikejutkan dengan 10,089 kes harian. Allahu, makin lama makin naik. Menurut laporan mStar, KJ juga mengatakan bahawa kini Malaysia berada di tengah-tengah gelombang jangkitan varian Omicron.

Bukan tu jer, kes harian juga dikatakan bakal mencecah sehingga 15,000 tak lama lagi. KJ juga memberi nasihat kepada warga emas yang masih belum mendapatkan suntikan dos penggalak untuk segerakannya.

Masih ada satu juta warga emas yang tiada dos penggalak. Tolong maklum kepada orang-orang tua kesayangan anda untuk mendapat dos penggalak dengan segera.

Takut pula tengok bilangan kes ni dan beraya ke tak sebenarnya kita tahun ni? Apapun, diharapkan agar semua untuk sentiasa mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan kerajaan supaya dapat mengurangkan risiko daripada dijangkiti wabak.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas