Connect with us

Oh! Media

“Terlihat Ceria Tapi Hampir Gila” – Isteri Pertama Abang Tesla Akhirnya Luah Perasaan Sebenar Selepas Dimadukan?

Oh! Tidak

“Terlihat Ceria Tapi Hampir Gila” – Isteri Pertama Abang Tesla Akhirnya Luah Perasaan Sebenar Selepas Dimadukan?

Isteri pertama kepada Tiktokers terkenal Abang Tesla iaitu Majdina baru-baru ini memuat naik satu hantaran yang menimbulkan persoalan. Apa kes ni?

ADVERTISEMENT

Menerusi video itu, isteri kepada Abang Tesla itu seolah meluahkan perasaannya seolah dia nampak bahagia diluar, tapi tak bahagia di dalam.

https://www.tiktok.com/@n.majdina/video/7304169019689471250

Terlihat ceria padahal hampir gila.

Berdasarkan video yang tiada sebarang info lanjut itu, netizen mula membuat spekulasi sendiri bahawa hubungan mereka suami isteri tidaklah indah seperti yang diwar-warkan di media sosial.

Pada masa yang sama, warganet juga menghubungkan isu ini dengan video lain yang dimuat naik oleh Abang Tesla yang membawa isterinya ini makan malam bersama. Namun, tak sangka pada ketika itu, suaminya memberitahu sebenarnya niat untuk berpoligami itu sudah lama dipendam cuma tidak terluah sahaja.

Bukan tu jer, netizen juga turut bersedih dengan nasib yang ditimpa oleh Majdina ini. Rata-rata hanya mampu mendoakan agar wanita ini diberikan kekuatan dalam mengharungi ombak rumah tangga yang tak sentiasanya mudah.

Kredit: Tiktok Majdina

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas