Oh! Tidak
Terinspirasi Dengan Hafidz Roshdi, Lelaki Ini Niat Ceraikan Isteri Untuk Bersama ‘First Love’
Perkahwinan kedua Hafidz Roshdi dengan isteri, Athira Yuhada yang dikatakan adalah cinta pertama pelakon itu sememangnya menjadi bualan hangat warga netizen.
Mana tidaknya, sehingga ada seorang lelaki meluahkan yang dia bersetuju dengan tindakan Hafidz malah turut terinspirasi dengan perkara tersebut.
Menerusi TikTok era.je, penyampai radio Radin, Azad dan Hawa Rizwana terkejut apabila seorang pemanggil menceritakan tentang kisah cinta pertamanya.
Menurut individu yang dikenali sebagai Jimmy itu, dia menyokong Hafidz Roshdi dan dia turut mempunyai kisah lebih kurang sama.
Hafidz Roshdi tu kan, saya sangat sangat setuju dengan apa yang dia buat tu. Dia kahwin buat video untuk first love dia (Athira). Saya pun dalam situasi lebih kurang begitu.
Difahamkan, Jimmy sudah mengenali seorang wanita sejak kecil namun apabila dewasa dia dan individu itu mempunyai kehidupan sendiri.

Tapi kini dia dan cinta pertamanya itu dikatakan kembali bercinta. Jimmy juga secara terang-terangan mengaku menduakan isterinya.
Di ruangan komen pula, ramai yang bersimpati dengan isteri kepada lelaki berkenaan, malah mengecam tindakannya.
Sekarang ni, saya dengan orang lain tapi saya masih dengan dia (cinta pertama) juga.
Malah, ada juga yang berpendapat panggilan tersebut mungkin sudah dirancang bertujuan untuk ‘menunggang’ isu yang tengah panas.
BACA: Pelakon Hafidz Roshdi Nasihat Netizen Jangan Mudah Menghukum Seseorang
Sebelum ini, pelakon Hafidz Roshdi pernah menasihati netizen untuk tidak sentiasa menghukum seseorang dengan kesilapan lamanya.
Kredit: TikTok
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM