Connect with us

Oh! Media

Tak Serik-Serik! Polis Siasat ‘Karen’ Langgar SOP

Trending

Tak Serik-Serik! Polis Siasat ‘Karen’ Langgar SOP

Baru-baru ini, tular sebuah hantaran di laman twitter milik @AdibahOj yang telah memuat naik sekeping gambar memaparkan wanita warga asing yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

ADVERTISEMENT

BACA: ‘Karen Dior’ Dikesan Masih Enggan Pakai Pelitup Muka?

Menerusi ciapan itu, aksi wanita tersebut yang dikenali sebagai Karen bersama seorang rakannya tidak mengenakan pelitup muka ketika ditemui di kawasan Pusat Bandaraya Kuala Lumpur (KLCC).

Bagaimanapun, insiden ini bukanlah pertama kali berlaku kerana sebelum ini, sudah beberapa kali ‘Karen‘ tersebut enggan memakai pelitup muka di kawasan tumpuan awam.

Polis jalankan siasatan isu Karen langgar SOP

Bertindak dengan isu itu, polis telah membuka kertas siasatan membabitkan seorang wanita warga negara asing selepas tular gambarnya melanggar SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 di laluan pejalan kaki KLCC.

Hal itu selepas pihak polis mengesan sebuah gambar di laman Twitter memaparkan wanita tersebut enggan memakai pelitup muka.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, hasil siasatan awal mendapati individu tersebut berjalan kaki di sebuah kawasan pejalan kaki di Taman KLCC.

Susulan daripada itu, pihak polis telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (AKta 342) dan Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan PPN) 2021,

Tambahnya, siasatan kini sedang giat dijalankan dan kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan susulan.

Selain itu, beliau juga sempat menasihati orang ramai agar sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan dan tindakan undang-undang akan dikenakan jika mereka ingkar terhadap arahan itu.

Kredit: Kosmo! I Twitter AdibahOj

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas