Connect with us

Oh! Media

Taktik Licik Penjual Belon, Netizen Dakwa Ibu Bapa Dipaksa Bayar RM20

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Oh! Tidak

Taktik Licik Penjual Belon, Netizen Dakwa Ibu Bapa Dipaksa Bayar RM20

Mula-mula ramai yang simpati, tapi kini timbul pula dakwaan baru yang cukup mengejutkan. Isu kekecohan antara penguat kuasa DBKL dan peniaga belon di Jalan Tunku Abdul Rahman nampaknya masih belum reda.

Tular di media sosial sebuah komen yang mendakwa ada penjual belon tanpa lesen menggunakan taktik halus dengan menyasarkan kanak-kanak sebagai ‘umpan’ untuk memaksa ibu bapa membeli.

Lebih mengejutkan, harga belon yang diberi dikatakan mencecah sehingga RM20!

IKLAN

Penjual belon tak nak kerjasama. Ada aduan yang mendakwa mereka berniaga sambil memeras. Mereka hulur belon kepada anak-anak. Sukalah budak-budak tu, tetapi takkan dilepas lagi.

Jika tidak, mereka akan menangis atau mengamuk. Nak tak nak, ibu bapa terpaksa bayar walaupun dengan harga RM20.- Dakwa seorang pengguna Facebook.

Walaupun sebelum ini netizen tampil mengecam tindakan DBKL yang merampas barangan peniaga belon, dakwaan ini secara tak langsung membangkitkan semula persoalan sama ada tindakan pihak berkuasa sebenarnya wajar atau tidak.

Ohmedia img 3810

Setakat ini masih tiada kenyataan rasmi dari pihak DBKL berkenaan taktik yang didakwa itu. Namun netizen mula berbelah bahagi dalam memberi sokongan.

Ada yang tetap menyebelahi peniaga kecil demi mencari rezeki, namun tidak kurang juga yang mulai persoalkan etika dalam berniaga.

#ApaKataOhmedia

Isu ini tunjukkan betapa pentingnya peniaga menjaga etika dan pelanggan pula perlu peka dengan taktik yang mungkin digunakan sesetengah pihak.

Bantu yang benar-benar memerlukan, tapi jangan sampai kita pula jadi mangsa. Apa pun, biarlah berniaga dengan jujur, bukan dengan cara memaksa atau memperdaya.

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Facebook


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas