Connect with us

Oh! Media

Syarikat Pemilik Lori Sampah Kesal Insiden Kanvas Terbang Jatuhkan Penunggang Motosikal

kanvas lori

Trending

Syarikat Pemilik Lori Sampah Kesal Insiden Kanvas Terbang Jatuhkan Penunggang Motosikal

Sebelum ini kami ada kongsikan video kemalangan melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal yang terkena kanvas terbang dari sebuah lori. Hasil siasatan awal, tali pengikat kanvas lori berkenaan telah putus sehingga melayang ke arah mangsa.

ADVERTISEMENT

BACA: (Video) Kanvas Lori Terbang Nyaris Bunuh Penunggang Dan Pembonceng Motosikal

Kejadian yang berlaku di Jalan Puchong berhampiran susur menghala Kajang itu disahkan oleh Ramli Mohd Tahir, Pengarah Urusan KDEB Waste Management (KDEBWM). Syarikat inilah yang tampil bertanggungjawab atas apa yang berlaku setelah ia melibatkan lori sampah milik mereka.

KDEBWM kesal dengan insiden yang berlaku dan tindakan tegas akan diambil terhadap subkontraktor, pemandu dan kru lori terbabit.

Mereka yang terlibat akan buat laporan di balai polis

Ramli turut memaklumkan subkontraktor dan pemanu lori yang terbabit perlu bertanggungjawab dan kana membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang.

Jika didapati gagal memenuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, kontrak mereka mungkin ditamatkan. – Tambahnya lagi.

Macam mana pula dengan nasib dua orang mangsa yang terjatuh akibat kejadian tu? Tidak pula dinyatakan apa yang akan diberikan kepada mangsa. Apapun kita nantikan perkembangan terkini kejadian ini selepas siasatan penuh diterima.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas