Connect with us

Oh! Media

“Susahlah Cikgu Diorang Asyik Main Phone Je” – Lelaki Salahkan Guru Keputusan Anak Kurang Cemerlang

Ohmedia ateyn Featured Image 96

Oh! Tidak

“Susahlah Cikgu Diorang Asyik Main Phone Je” – Lelaki Salahkan Guru Keputusan Anak Kurang Cemerlang

Setiap kali di akhir persekolahan sudah semestinya sesi penyerahan kad laporan prestasi murid akan diberi kepada ibu bapa.

Pelbagai gelagat dan kelakuan ibu bapa yang dapat dilihat ketika sesi tersebut. Ada yang menerima sahaja keputusan anak-anak walaupun ianya kurang cemerlang, tetapi ada juga individu yang cuba menyalahkan guru apabila keputusan anak kurang baik.

Ohmedia whatsapp image 2024 08 09 at 121409 f9032b68

Di Facebook, seorang pengguna dikenali sebagai Abam Trafik telah berkongsi cerita ketika perjumpaannya di sekolah bagi mengambil buku laporan akademik anaknya.

IKLAN

Tadi abang hadir perjumpaan dengan guru-guru di sekolah. Selesai perbincangan, kena ambil keputusan anak-anak dengan guru kelas pula. Masa beratur, ada brother kat depan abang tengah dengar laporan prestasi anak perempuan dia. Agak terkejut la juga dengarnya.

Lelaki itu terdengar nasihat yang diberi oleh guru kelas untuk meminta ibu bapa supaya memantau waktu belajar anak di rumah.

Namun salah seorang bapa telah memberi alasan bahawa bukan mudah untuk mengawal aktiviti anak di rumah. Dia juga berkata anaknya sering menghabiskan waktu bersama gajet.

‘Susahlah cikgu. Mereka asyik main telefon je kerjanya. Berbuih dah saya cakap dengan mereka ni cikgu’ tiba-tiba lelaki depan saya ni bersuara.

Lelaki yang dikenali sebagai Abam Trafik, terdetik di dalam hatinya untuk membalas semula percakapan bapa itu supaya dia sedar akan kesalahannya.

Bang, yang bagi telefon kat anak tu siapa? Kalau awak tak bagi telefon kat anak, tak jadi begitu. Jangan nak salahkan anak disebabkan perbuatan sendiri.

Anak sudah tentunya belum pandai berfikir. Kita yang tua ni la kena pandai buat keputusan. Abang tarik nafas panjang, kemudian abang lepas.

Bestnya kalau dapat luah macam ni kat dia. Abang kata dalam hati lagi. Geram pulak kita, ujar Abam Trafik.

Abam Trafik juga turut kecewa apabila lelaki tersebut cuba menyalahkan guru dan sering bagi alasan atas kesalahannya sendiri.

Ohmedia whatsapp image 2024 08 09 at 121003 8e18c9e7

Walau bagaimanapun, Abam Trafik memberi penghormatan kepada guru-guru kerana telah bersabar mengajar dan mendidik anak-anak.

Ohmedia ateyn Featured Image 96

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Facebook Abam Trafik


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Nurul Fatin
Fatin merupakan bekas penulis separuh masa di Oh! Media, gemar menjelajah dunia dan berkongsi pengalaman serta pandangan uniknya melalui penulisan, memberikan inspirasi kepada pembaca untuk terus eksplorasi dunia.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas