Connect with us

Oh! Media

Anak Malu Pakai Beg Koyak Dan Lusuh Ke Sekolah, Bapa Tebalkan Muka Minta Bantuan Beg Terpakai

Ohmedia beg Sekolah 2

Oh! Tidak

Anak Malu Pakai Beg Koyak Dan Lusuh Ke Sekolah, Bapa Tebalkan Muka Minta Bantuan Beg Terpakai

Dikala ibu bapa lain seronok melihat anak mereka ke sekolah, seorang bapa terpaksa menahan sebak kerana melihat anak terpaksa memakai beg sekolah yang lusuh dan terkoyak.

Baru-baru ini, tular di Facebook hantaran seorang aktivis yang dikenali sebagai Syed Azmi mendedahkan seorang bapa terpaksa menebalkan muka dan meminta bantuan kerana tak mampu untuk menggantikan beg anaknya

Yang membuat ramai sebak, si bapa sedikit pun tidak meminta bantuan kewangan dan hanya meminta beg terpakai sahaja kerana kesian dengan anak sulungnya.

IKLAN

Beg terpakai pun tak mengapa untuk anak lelaki saya darjah dua. Begnya teruk sangat koyaknya, nak tunggu saya gaji 15 haribulan ni lambat lagi.

Hari-hari asyik minta tukar beg, malu pada kawan-kawan.

Ibunya nak jahitkan, tetapi bila tengok keadaan beg belah dalam pun dah agak tipis, bawak buku sekolah sekarang boleh tahan berat.

Bapa tiada kerja tetap, rasa harga beg sekolah mahal

Ketika dihubungi mStar, Syead Azmin berkata bapa kanak-kanak itu difahamkan telah melakukan beberapa pekerjaan seperti penghantar barang, kontraktor dan kini bekerja sebagai jurukimpal.

Baru saja kerja, jadi dia nak pinjam duit dengan bos pun dia malu. Gaji dia belum masuk dan baginya beg sekolah harganya sangat mahal. Jadi, dia utamakan dahulu keperluan lain yang lebih penting untuk keluarga.

Tambahnya, semangat budak itu untuk ke sekolah turut hilang kerana ejekan daripada rakan yang menyebakannya bertanya tentang beg sekolah baharu kepada ibu dan bapanya.

Dia suka warna gelap, contoh hitam, kelabu gelap, dan biru gelap.

Dia tidak cerewet jenis macam mana pun janji dia tak suka gambar kartun sahaja.

Siapa sangka luahan yang diceritakan akan segera diselesaikan? Disebabkan tular, bantuan dapat disalurkan dalam tempoh 4 minit sahaja.

Selain daripada ramai yang mahu menghukurkan bantuan, ada juga yang berkongsi kesulitan yang sama dihadapi ketika membesar.

Ohmedia komen beg sekolah 2
Ohmedia komen beg sekolah

Sedihnya tengok keadaan beg dia. Alhamdulillah ramai ornag baik yang bantu adik ni dan keluarganya. Semoga selepas ini makin semangat nak ke sekolah.

Ohmedia beg Sekolah 2

Jap!


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Shazwani Athira
Shazwani, bekas pelajar internship di Oh! Media dan pernah berkhidmat sebagai penulis separuh masa yang fokus pada isu-isu trending dan topik hangat, memastikan pembaca sentiasa mendapat berita yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas