Connect with us

Oh! Media

Suami Siti Nurhaliza, Dato K Beri Keterangan Kes Zahid Hamidi Undang Perhatian

Untitled Design   1

Oh! Tidak

Suami Siti Nurhaliza, Dato K Beri Keterangan Kes Zahid Hamidi Undang Perhatian

Suami kepada penyanyi nombor satu Malaysia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza iaitu Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali dengan gelaran Dato’ K dilihat hadir ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk beri keterangan berkaitan kes Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

Menurut laporan Utusan Malaysia, Datuk K yang tiba di mahkamah kira-kira jam 8.46 pagi tadi bagi tujuan beri keterangan sebagai saksi ahli politik itu yang berdepan 47 pertuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram.

Kalau korang perasan, Datuk K mengenakan baju kot hitam dan memakai kaca mata hitam sepanjang berada di mahkamah telah mengundang perhatian netizen. Mesti ramai yang tak sangka kan Datuk K hadir sebagai saksi bagi kes itu kan?

IKLAN

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Zahid Hamidi untuk membela diri terhadap 47 pertuduhan tersebut bagi dana Yayasan Akalbudi.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah telah membuat keputusan tersebut selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan kes prima facie terhadap Zahid yang juga pengasas yayasan tersebut.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas