Oh! Tidak
Suami Kantoi Bawa Skandal Balik Rumah Masa Isteri Tunai Umrah, Siap Rakam ‘Video’ Intim!
Kisah rumah tangga selebriti media sosial dari Indonesia, Arie Rieyanthie, baru-baru ini menggemparkan ramai apabila suaminya, Bimo Aryo Tejo, kantoi mempunyai skandal.
Arie membuat pendedahan itu menerusi satu hantaran panjang lebar di Instagram. Pempengaruh ini tidak menyangka suami tergamak memusnahkan perkahwinan yang dibina sejak 16 tahun lalu.
Suami kantoi bawa balik skandal masa isteri umrah
Menceritakan dengan lanjut, suaminya didapati telah membawa skandal pulang ke rumah ketika Arie sedang menunaikan umrah pada 18 Oktober lalu.
Lebih mengejutkan, wanita tersebut menginap sehingga tiga kali sepanjang ketiadaan Arie di rumah dan membuat perbuatan terkutuk di bilik tidurnya sendiri.
Saat aku berangkat umrah pada 18 Oktober 2024, suamiku membawa wanita lain untuk menginap di rumah, bahkan di kamar kami. Selama aku umrah, wanita itu datang dari Suralaya, Cilegon dan menginap hingga tiga kali di rumah kami.
Bahkan membuat video intim di kamar kami. Rupanya, mereka telah menjalin hubungan sejak Ogos 2024. Meski wanita tersebut tahu bahawa suamiku sudah menikah dan memiliki anak, dia tetap menjalin hubungan dan bahkan berdoa agar Allah SWT mempersatukan mereka.
Apa yang lebih memilukan, anak sulung Arie yang berusia 14 tahun turut mengetahui perihal kecurangan tersebut setelah menemui chat antara bapanya dan wanita berkenaan.

Menurut Arie, anaknya menyimpan bukti tersebut sehingga dia pulang dari umrah.
#OhmediaNasihat
Kepercayaan dalam hubungan perkahwinan adalah asas yang perlu dipelihara. Kisah Arie Rieyanthie ini mengingatkan kita tentang pentingnya kesetiaan dan kejujuran dalam hubungan.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram Arie_rieyanthie
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM