Baru-baru ini seorang lelaki telah meluahkan rasa kecewa apabila mendapat tahu bahawa isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.
Difahamkan, isterinya itu ialah seorang guru dan telah menjalinkan hubungan sulit bersama anak muridnya yang berusia 17 tahun.
Apa yang lebih mengejutkan, apabila lelaki itu telah terbaca perbualan di antara mereka berdua dengan menggunakan panggilan ‘sayang’.
Assalamualaikum mein, aku lelaki berusia 28 tahun. Nak bagitahu, hati aku hancur-sehancurnya bila dapat tahu isteri ada ‘affair’ dengan pelajar sekolah dia (tingkatan lima).
Aku tahu bila kami bertukar telefon sebelum dia terbang ke sabah. Aku tengok akaun TikTok dia tak ‘log out’ dan aku baca mesej diaorang siap bersayang-sayang, bertukar hantaran video and rancang pergi bercuti berdua.
Lelaki itu juga telah menjumpai gambar isterinya berduaan dengan pelajar tersebut. Ujarnya, dia sudah mempunyai bukti yang cukup untuk membawa kes ini ke mahkamah, namun dia tidak sanggup kerana masih sayangkan isterinya.
Aku menangis dekat parking lot Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bila dapat tahu dia curang belakang aku.
Dan aku periksa telefon, ada gambar pelajar itu berdua dengan dia. Aku dah cukup bukti nak tuduh dia nusyuz tapii aku masih sayang dia.
Dia juga tidak menyangka sangkaannya selama ini tentang hubungan sulit isterinya itu semuanya benar belaka.
Macam mana nak tegur isteri aku ini? Kalau aku biarkan, dayus ke? Ada ke akta berkenaan pendidik bercinta dengan pelajar dia sendiri? Aku buntu tak tahu nak buat macam mana.
Aku ‘overthinking’ sejak isteri mengajar dekat Sabah lagi, tak sangka sangkaan aku benar belaka.
Ramai yang turut bersimpati dengan kisah lelaki itu, dan kebanyakan daripada mereka meminta lelaki tersebut untuk melaporkan perkara itu kepada pihak yang berkenaan.