Connect with us

Oh! Media

“Stop Cakap Dia Perampas” – Berkepit Macam Belangkas, Siapa Sangka Kawan Baik Sendiri Jadi Madu

madu

Oh! Tidak

“Stop Cakap Dia Perampas” – Berkepit Macam Belangkas, Siapa Sangka Kawan Baik Sendiri Jadi Madu

Bila bercakap mengenai poligami, kebanyakan daripada kaum wanita mempunyai pendapat tersendiri mengenai hal ini. Ada yang menerimanya dengan baik, siap sukarela mencarikan ‘madu’ untuk si suami.

ADVERTISEMENT

BACA: “Tidak Ada Rasa Marah Atau Kecil Hati Pada Suami” – Dua ‘Madu’ Dedah Gembira Kongsi Kasih, Siap Duduk Sekali

Seperti kisah tular di TikTok ini, seorang wanita dilihat duduk bergambar ketika suaminya bersanding dengan isteri kedua di pelamin. Lebih mengejutkan apabila rupa-rupanya isteri pertama, Paveena Shaeleen Saimin sendiri yang melamar dan merisik isteri kedua, Nurul Nazirah Abdul Hamid untuk suaminya.

madu

Menurut Paveena, gelaran penyondol, perampas atau kawan makan kawan tak wajar diberikan kepada madunya kerana dia bukanlah orang asing.

Kami memang berkawan rapat dan mula kenal di Facebook (FB). Boleh dikatakan, hubungan kami macam belangkas sampai dia pernah bercuti dengan anak saya sekali.

Menceritakan lebih lanjut mengenai perkenalan suami dan isteri kedua, Paveena berkata, dia sendiri yang mengambil Nurul Nazihah bekerja bersama buat siaran langsung di TikTok.

madu tiktok

Bermula daripada situ, dia sering mengusik untuk menjodohkan suami dan Nurul Nazihah. Siapa sangka akhirnya mereka berdua benar-benar berkahwin.

Selepas beri suami ‘lampu hijau’ untuk berkahwin lagi, dia ada juga bawa jumpa beberapa calon. Semuanya saya tidak berkenan kerana lebih tertarik dengan Nurul Nazirah selepas melihat layanannya terhadap anak dan cara cakap dengan emak ayah saya serta suami.

Difahamkan, isteri pertama menjadi wakil untuk melamar dan merisik isteri kedua. Malah, ketika majlis bernikah dia dan keluarga turut hadir untuk memeriahkan majlis. Jadi, tak ada isu sondol menyondol tau!

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas