Connect with us

Oh! Media

Staf Songlap Duit Syarikat RM400k, Founder Asyik Sakit Disyaki Terkena Ilmu Khurafat

Pa Songlap Duit

Oh! Tidak

Staf Songlap Duit Syarikat RM400k, Founder Asyik Sakit Disyaki Terkena Ilmu Khurafat

Akibat terlalu percayakan pekerja, seorang usahawan naik ‘gila’ apabila mendapat tahu duit syarikat kena songlap kira-kira RM400,000.

Mana tak hilang akalnya, pekerja merangkap PA yang paling dipercayai bos rupanya senyap-senyap buat kerja sejak 2021.

@puterikasim

Part 1 : aku share ni sebab aku nak semua dapat pengajaran. Ye aku ni bodoh. Dah tak payah cakap 😭😭😭

♬ original sound – Mommy PK

Difahamkan, perbuatan khianat itu kantoi selepas suami kepada pekerjanya itu mengadu isteri curang selepas ada banyak duit.

IKLAN

Suaminya hairan dari mana isteri dapat duit sedangkan bisnes sedang jatuh teruk. Ketika itulah founder kepada produk jamu ini meminta telefon syarikat dan segala rahsia terbongkar.

Pekerja merangkap PA paling dipercayainya ini didakwa mencuri hasil jualan di TikTok dan Shopee. Dia juga didakwa mencuri stok jamu dan tiada dalam rekod sistem.

Pa
Songlap 2
Songlap 3

Usahawan jamu, Puteri Kasim berkata, dia menghadapi tekanan dan anxiety kerana bisnes nak lingkup. Dalam masa sama, dia jatuh sakit dan kerap tak masuk pejabat.

Aku tak mampu tulis panjang-panjang. Cuma semua ‘sakit misteri’ yang dah bertahun aku hadap terjawab. Allah buka satu satu.

Disebabkan itu dia menyerahkan tugas kepada orang yang paling dipercayainya itu. Tapi siapa sangka, ini yang jadi.

Songlap 4

Menerusi satu ruangan komen di Facebook, seorang netizen mengaku sebagai saudara PA mendakwa keluarga itu mempercayai ilmu khurafat. Dia sendiri sudah terkena dan menasihati usahawan ini supaya berubat.

Songlap 5

Dalam bos tengah sakit dan tertekan, PA ini didakwa seronok shopping barang berjenama dan siap sponsor anak ikan lagi. Fuh dahsyat betul!

Kredit: X Mommy PK

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas