Oh! Artis
Apa Sebab Kim Jong-kook Rancang Mahu Simpan Sperma?
Peminat Running Man pasti mengenali Kim Jong-kook yang sehingga kini masih belum berkahwin. Jong-kook yang merupaka seorang penyanyi Korea Selatan itu semakin menghampiri umur 50 tahun dan masih belum ada tanda-tanda siapakah bakal isterinya.
Walaupun Jong-kook dilihat mesra dan rapat dengan ramai wanita termasuk rakan sepasukan, Song Jiii-hyo, dia masih dengan kehidupan single. Tapi ada perkara lain yang didedahkan Jong-kook yang mengejutkan peminatnya.

Sewaktu program Heo Young-man’s Food Travel, Jong-kook mengakui dia turut berasa tertekan untuk mencari pasangan hidup yang sesuai dengan dirinya. Dia juga tertekan dengan pihak yang cuba memandai-mandai untuk jodohkan dirinya dengan wanita pilihan mereka yang dirasakan sesuai tapi tidak.
Jong-kook ajak kawan belum kahwin simpan sperma?
Dalam temuramah itu juga, dia memaklumkan pernah cuba mengajak kawan yang belum berkahwin untuk menyimpan sperma.
Saya cuma kena berhati-hati. Saya juga banyak bercakap dengan ramai kawan yang belum berkahwin. Saya cuba mengajak mereka menyimpan sperma bersama-sama. Saya benar-benar serius mempertimbangkan perihal berkenaan. – Katanya.
Nampaknya jadi seorang yang kacak dan popular pun tak semestinya mudah nak cari isteri yang sesuai dengan kita. Jadi untuk korang yang masih single tu, jangan risau, ramai nak sebenarnya tapi korang yang memilih sangat. #tiber
Kredit: Kosmo
+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM