Connect with us

Oh! Media

SKMM Tahan Individu Menyamar Sebagai Pakar Patologi Bedah Siasat Zara Qairina

ohmedia mcmc zara

Oh! Tidak

SKMM Tahan Individu Menyamar Sebagai Pakar Patologi Bedah Siasat Zara Qairina

Individu menyamar sebagai pakar patologi dalam kes Zara Qairina buat live di TikTok.

Kecoh di TikTok apabila seorang individu berlagak sebagai pakar patologi dan mendakwa terlibat dalam proses bedah siasat kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

BACA: 195 Saksi Dipanggil Prosiding Inkues Kematian Zara Qairina

Individu itu menggunakan akaun “Dato’ Prof Dr. Tunku Iskandar”. Namun, hasil siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mendapati individu terbabit bukan pakar patologi seperti yang didakwa.

IKLAN

Menyamar sebagai pakar patologi kes Zara Qairina

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan perkara ini selepas siasatan dijalankan bersama pihak polis.

mcmc

Menurut MCMC, suspek telah dikesan berhampiran kawasan Kota Damansara lewat malam tadi hasil maklumat daripada rakaman keterangan dua individu yang turut bersama dalam sesi siaran langsung akaun berkenaan.

Mereka kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi tujuan rakaman keterangan dan beberapa peralatan komunikasi turut dirampas untuk analisis siasatan lanjut.

Dilaporkan, suspek kini disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang membawa hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Fake! Netizen tertipu

Selain itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut membuka siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan.

Dalam siaran langsung yang dibuatnya di TikTok, suspek yang mendakwa sebagai pakar bedah dikatakan memberi gambaran seolah-olah mangsa terjun sendiri dari bangunan sekolah.

MCMC menegaskan penyebaran maklumat palsu melibatkan kematian atau tragedi adalah kesalahan serius kerana boleh menyinggung keluarga, mengelirukan masyarakat dan mengganggu siasatan pihak berkuasa.

Pssttt! Jangan sesekali sebar maklumat palsu, apatah lagi melibatkan nyawa insan yang telah pergi. Hormati keluarga dan biarkan pihak berkuasa jalankan tugas mereka.

Kredit: Awani
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh Penulis
Penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas