Connect with us

Oh! Media

Siti Bainun Didakwa Sekali lagi, Aniaya Remaja Perempuan Sindrom Down?

siti bainun

Trending

Siti Bainun Didakwa Sekali lagi, Aniaya Remaja Perempuan Sindrom Down?

Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun yang telah beberapa kali dibicarakan sekali lagi didakwa, di Mahkamah Seksyen atas pertuduhan menganiaya remaja perempuan berumur 13 tahun yang mengalami Sindrom Down.

ADVERTISEMENT

BACA: Pemilik Rumah Bonda Ditahan Bantu Siasatan Kes Mendatangkan Kecederaan, Ugutan Jenayah

Menerusi laporan Astro Awani, Siti Bainun mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut yang dibacakan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.

Mengalami kecederaan fizikal dan emosi

siti bainun

Menurut pertuduhan, Siti Bainun merupakan orang yang bertangunggjawab untuk menjaga remaja perempuan itu, telah menganiaya anak yang tidak berdosa itu di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju pada Februari hingga Jun tahun ini sehingga menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Perbuatan itu dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.

Namun, Siti Bainun telah mengaku tidak bersalah pada 20 Ogos lepas atas tuduhan yang dikenakan. Pihak peguam Datuk Farhan Maaruf yang dibantu Nur Aminahtul Mardiah Md Nor sebelum ini meminta mahkamah untuk menggunakan wang jaminan RM12,000 yang dikenakan kepada pengasas Rumah Bonda itu kerana fakta dan bukti bagi kedua-dua tuduhan adalah sama.

Pihak kami percaya jaminan RM12,000 yang dikenakan ke atas anak guam saya bagi pertuduhan sebelum ini mencukupi untuk memastikan kehadirannya di mahkamah, namun sekiranya mahkamah ingin mengenakan jaminan bagi pertuduhan kedua ini, saya mohon wang jaminan sebanyak RM3,000.

Menurut Awani, Timbalan Pendakwa Raya Noor Shakira Aliana Alias juga memohon pertambahan RM3,000 bagi wang jaminan kerana ada penambahan pada pertuduhan pengasas Rumah Bonda itu. Mahkamah kemudian membenarkan Siti Bainun diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan perlu patuh kepada syarat seperti tidak boleh mengganggu mangsa, menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri di balai polis berdekatan.

29 orang saksi beri keterangan

Pihak pendakwaan telah menyerahkan 13 dokumen berkaitan kes itu kepada pihak pembelaan, namun terdapat beberapa dokumen lain yang masih belum diserahkan antaranya rekod janji temu mangsa dari Hospital Serdang dan gambar daripada forensik. – Noor Shakira Aliana

Pihak Noor Shakira kini telah menyediakan seramai 29 saksi untuk beri keterangan berkaitan dengan tuduhan yang dilakukan ke atas Siti Bainun. Perbicaraan juga akan bermula pada 30 Mac 2022 dan berlangsung selama 15 hari.

Semoga kemenangan berpihak pada yang benar dan jujur. Sesiapa yang mendera dan menganiaya anak kecil memang tak patut dilepaskan dan perlu dihukum mengikut akta yang tersedia. Semoga remaja perempuan itu akan pulih dan sihat seperti sedia kala.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas