Connect with us

Oh! Media

Pemilik Rumah Bonda Ditahan Bantu Siasatan Kes Mendatangkan Kecederaan, Ugutan Jenayah

Oh! Tidak

Pemilik Rumah Bonda Ditahan Bantu Siasatan Kes Mendatangkan Kecederaan, Ugutan Jenayah

Baru-baru ini tular di media sosial pendedahan seorang individu mengenai remaja Sindrom Down bernama Bella yang dipercayai didera ketika berada dalam jagaan sebuah pusat kebajikan milik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di ibu kota. Orang ramai menggesa siasatan lanjut dilakukan susulan terdapat kesan kecederaan baru dan lama di tubuh remaja tersebut.

ADVERTISEMENT

BACA: ‘Dakwaan Dia Aggresive, Sukar Dikawal Tak Boleh Diterima Akal’ – Mummy

Terbaru, Harian Metro melaporkan pemilik Rumah Bonda telah ditahan polis pada pukul 10.30 pagi semalam bagi membantu siasatan kes mendatangkan kecederaan dan ugutan jenayah.

rumah bonda disita
Foto: Harian Metro

Menurut, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan, wanita berusia 29 tahun itu ditahan selepas diminta hadir ke IPK Kuala Lumpur untuk memberi keterangan susulan beberapa laporan polis yang dibuat ke atasnya.

Kertas siasatan baharu telah dibuka dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mendatangkan kecederaan dan Seksyen 506, Kanun Keseksaan iaitu melakukan ugutan jenayah.

Katanya lagi, permohonan reman telah dikemukakan pihak polis di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pagi ini. Siti Kamsiah menyeru masyarakat terus memberi keyakinan kepada pasukan penyiasat PDRM untuk melaksanakan tugas.

Masyarakat perlu memahami, kita perlu ambil kira banyak aspek perundangan ketika jalankan siasatan, termasuk hak undang-undang serta keselamatan semua pihak yang terlibat termasuk situasi semasa.

Terdahulu, sebuah rumah kebajikan di Jalan Kukuban Taman Setapak dikenakan perintah sita selepas didapati beroperasi secara haram sejak 2019. Rumah kebajikan itu dilaporkan turut tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top