
Oh! Tidak
Simpan Gambar Dan Video Lucah Bekas Kekasih, Haqiem Stopa Berdepan Penjara Maksimum 3 Tahun, Denda
Oleh
Pempengaruh terkenal, Haqiem Stopa atau nama sebenarnya Muhammad Sadzri Hakim Jaafar dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang hari ini di atas pertuduhan menyimpan gambar dan video lucah bekas teman wanitanya dalam dua telefon bimbit miliknya.
BACA: Isu Ugut Sebar Gambar Lucah: Bekas Tunang Ikon Permotoran Negara Kesal Nama Dipetik Netizen
Memetik laporan Kosmo!, Haqiem membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Hafizah Rajuni.
Mengaku tak bersalah
Pempengaruh yang terkenal dengan jolokan ikon permotoran itu didakwa mengikut Seksyen 292(a) dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang mana jika disabitkan bersalah tertuduh berdepan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa membuat kesalahan itu di sebuah rumah di Rawang di sini pukul 4.30 petang pada 9 Disember lalu.
Tertuduh dibenarkan diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes ditetapkan pada 23 Februari depan.
Kredit: Kosmo!
