Trending
Isu Ugut Sebar Gambar Lucah: Bekas Tunang Ikon Permotoran Negara Kesal Nama Dipetik Netizen
Pada
Oleh
Semalam kecoh mengenai berita melibatkan seorang pemuda yang mendapat gelaran ikon permotoran negara yang ditahan pihak polis.
BACA: Ugut Sebar Gambar Lucah Bekas Kekasih, Ikon Permotoran Ditahan Polis
Ia susulan laporan polis dibuat bekas kekasihnya yang mendakwa ikon permotoran negara itu mengugut untuk menyebarkan gambar-gambar lucahnya.
Terbaru, seorang pempengaruh Instagram yang juga merupakan bekas tunang kepada ikon permotoran negara itu tampil memuat naik satu hantaran di Insta storynya selepas namanya mula ‘dipetik’ netizen yang mendakwa dirinya yang membuat laporan polis berhubung isu tersebut.

Menerusi hantaran tersebut, wanita yang dikenali sebagai Shaamoyy itu menafikan sekeras-kerasnya bahawa dirinya yang membuat laporan terhadap tuduhan berkenaan. Menurutnya, laporan itu mungkin dibuat ‘ex’ ikon permotoran itu yang lain.
Assalamualaikum, di sini saya ingin menjelaskan perkara di atas.
Sememangnya saya tak tahu apa apa, saya tak ada buat apa-apa report pasal(tuduhan) itu. Dan terang-terang situ(akhbar) tulis bekas kekasih.
Ini berkait dengan ex ex dia yang dulu, saya hanya bekas tunang, bukan bekas kekasih.
Dalam pada itu, wanita itu juga meminta agar warganet berhenti melakukan sebarang spekulasi dengan mengatakan bahawa dirinya terlibat dengan perkara itu.

Kredit: Instagram Shaamoyy_
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
ABIM mahu Belanjawan 2027 memberi fokus lebih besar kepada golongan muda, termasuk bantuan sara hidup, perumahan,...
Filem Primetime lakonan Robert Pattinson diharamkan tayangan di Malaysia oleh LPF. Punca penolakan masih belum didedahkan.
F1 Bahrain GP di Sepang dijangka menarik 300,000 pengunjung termasuk 50,000 pelancong asing serta menjana impak...
Pakatan Harapan masih belum memuktamadkan rakan kerjasama bagi menghadapi PRN Melaka. Fahmi Fadzil berkata keputusan perlu...
Presiden FIA Mohammed Ben Sulayem puji kejayaan Malaysia menganjurkan F1 di Sepang dan melihat negara masih...