Connect with us

Oh! Media

Serius Nak Kahwin, View Chin Dedah Punca Tertarik Dengan Mira

Ohmedia mira

Oh! Tidak

Serius Nak Kahwin, View Chin Dedah Punca Tertarik Dengan Mira

Susulan isu tular mempunyai hubungan istimewa dengan pekerja sendiri dikenali sebagai Mira, influencer TikTok, View Chin mendedahkan dia bersedia untuk membawa hubungan ke peringkat seterusnya.

BACA: Ada Plot Twist, View Chin Dakwa Ah Moi Curang Dulu, 2 Kali Kantoi Mesej

Menerusi laporan ekslusif Kosmo!, View Chin berkata, dia kini sedang mula belajar mengenali agama Islam dan akan mengahwini Mira apabila isu dengan bekas isterinya selesai.

IKLAN

Pengasas View Fashion ini berkata, dia dan Ah Moi sebenarnya sudah bercerai sejak Disember tahun lalu.

Mira seorang prihatin, memahami

View Chin Kahwin Mira

Saya tahu perbuatan saya selama ini dengan Mira adalah salah dan kami akan cuba memperbetulkan semua perkara itu. Ya memang saya mengaku bercuti berdua bersama Mira di Bali sebelum ini. Ketika itu saya sangat stres dan Mira bimbang tentang keselamatan saya. Sebab itu dia menemani saya.

Kongsinya lagi, Mira adalah teman baiknya dan dia selesa untuk meluah semua perkara termasuk soal peribadi. Selain itu, Mira juga seorang yang sangat prihatin dan memahami.

Mira tahu semua, tentang kecurangan Ah Moi tentang Ah Moi pernah ugut saya. Sebab itu saya pilih Mira, bukan sebab paras rupa atau wang, yang penting dia boleh terima anak-anak saya.

Influencer TikTok yang mempunyai 2.5 juta pengikut ini berkata Mira banyak menguruskan syarikat bersamanya bermula dari menguruskan ‘live’ sehinggalah kepada marketing dan sebagainya.

Buat masa ini Mira terpaksa ‘bersembunyi’ kerana dia masih trauma dengan apa yang berlaku termasuklah keluarganya yang turut terpalit.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, View berkata dia akan mengambil tindakan undang-undang jika ada pihak yang berteruskan menularkan isu peribadinya.

Kredit: Kosmo! | OMM | View Chin

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas