Connect with us

Oh! Media

Ada Plot Twist, View Chin Dakwa Ah Moi Curang Dulu, 2 Kali Kantoi Mesej

view chin curang

Oh! Tidak

Ada Plot Twist, View Chin Dakwa Ah Moi Curang Dulu, 2 Kali Kantoi Mesej

Beberapa hari ini, hangat diperkatakan di media sosial isu rumah tangga seorang influencer TikTok terkenal yang didakwa curang dengan pekerja sendiri.

ADVERTISEMENT

Pendedahan yang dibuat isteri, Shermine Hau Ah Moi menyebabkan View Chin menerima kritikan ramai. Malahnya bisnesnya juga dikatakan terganggu.

BACA: “Rumah Saya Sudah Kosong. Ingin Duit Mereka Dipulangkan” – View Chin Akhirnya Bersuara

Menerusi temubual ekslusif bersama China Press, View Chin menafikan semua tuduhan yang dibuat bekas isteri. Namun, dia mengakui ada memukul kerana bekas isteri curang dan kantoi dengannya sebanyak dua kali.

Air mata View Chin tumpah

view chin menangis
Foto Asal: China Press

Katanya lagi, dia terlebih dahulu dikhianati menyebabkan hubungan rumah tangga yang dibina sejak 8 tahun lalu terlerai.

Ujar View Chin, dia dan bekas isteri berkenalan di aplikasi cari jodoh. Mereka berkahwin selepas bekas isteri hamil. Masa tu, View Chin dalam tahun ketiga berniaga pakaian borong secara offline kemudian berkembang secara online. Selepas kahwin, bekas isterinya juga bekerja di syarikat yang sama.

Dua kali bekas isteri kantoi curang

shermine isteri view chin

Dia dikatakan bekerja keras untuk mengembangkan bisnes dan isterinya beri sokongan penuh. Namun, bekas isteri dikatakan seorang yang gemar berparti dan sering ke kelab malam.

Sehinggalah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), View Chin mendakwa dia perasan ada seorang lelaki menghubungi bekas isterinya dan bertanya, “Baby what are you doing?”.

Dia bersemuka mengenai hal itu, tetapi isteri menafikan curang malah tak mengaku kenal lelaki itu. Memikirkan rumah tangga dan anak-anak, View berkata dia memaafkan bekas isteri.

Bekas isteri View Chin dikatakan sekali lagi kantoi pada hari jadinya iaitu 8 Ogos tahun lalu. Ketika itu View Chin mendapati ada mesej daripada lelaki menulis, “Happy birthday, I love you”.

Influencer TikTok ini mengaku naik angin dan marah. Bekas isteri mengaku dia berasa terabai kerana View Chin selalu sibuk dengan kerja.

Berasa dikhianati sedangkan dirinya penat bekerja untuk keluarga, View Chin memutuskan untuk bercerai.

Kredit: China Press

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas