Connect with us

Oh! Media

Seorang Warga Emas Dipukul Anak Dan Menantu Sebelum Dibuang

dipukul

Trending

Seorang Warga Emas Dipukul Anak Dan Menantu Sebelum Dibuang

Kejadian di Rokan Hulu, Riau Indonesia, seorang wanita warga emas telah patah tulang akibat dipukul oleh menantunya.

ADVERTISEMENT

BACA: Takut Tidur Luar, Seorang Nenek Jadikan Almari Sebagai Tempat Tidur

Menerusi laporan Utusan, warga emas yang bernama Aisyah Lubis menyatakan, sebelum anak dan menantunya membuangnya, dia telah dipukul dengan kayu oleh menantunya semasa mereka tinggal bersama.

Enam bulan tinggal di sekolah pondok

dipukul
Aisyah Lubis (Foto: Utusan)

Ustaz Andy Sidomulyo yang memiliki sekolah pondok telah membenarkan nenek Aisyah untuk tinggal disitu kerana kesian dan sedih melihat keadaannya. Menurutnya, nenek Aisyah sudah tinggal di sekolah pondok itu selama enam bulan sejak dia dibuang.

Kami jumpa nenek Aisyah di tepi jalan dalam keadaan yang amat menyedihkan, selain dia juga kelaparan.

Nenek Aisyah beritahu, dia ditinggalkan oleh menantunya di satu tempat tanpa sebarang bekalan makanan dan baju.

Ustaz Andy cuba mencari dan menghubungi keluarga nenek Aisyah, namun mereka sikit pun tidak peduli akan orang tua ini.

Sungguh kejam keluarganya kerana sanggup membiarkan seorang ibu terbiar di tepi jalan. Semoga nenek Aisyah tabah mengharungi dugaan yang menimpanya. Semoga Allah balas perbuatan jahat yang dilakukan oleh anak dan menantu nenek Aisyah.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas