Connect with us

Oh! Media

“Semalam Ziarah Cucu, Hari Ini Suami Pula Tinggalkan Kami”

Trending

“Semalam Ziarah Cucu, Hari Ini Suami Pula Tinggalkan Kami”

Tidak dapat dibayangkan kesedihan yang dilalui ahli keluarga murid maut dilanggar van, Nur Alisha Safiya, apabila dalam masa 48 jam mereka kehilangan seorang lagi insan tersayang.

ADVERTISEMENT

BACA: Adik Alisha Pernah Cakap “Mahu Pergi Jauh”Sebelum Kejadian Digilis Van Sekolah

Memetik laporan Harian Metro, Mahani Hamid iaitu nenek kepada Nur Alisha berkata, pada pukul 4 pagi tadi suaminya pula meninggal dunia. Suaminya, Saad Hashim menghidap kencing manis sejak 10 tahun lalu.

Hilang dua orang tersayang dalam masa 48 jam sememangnya sesuatu yang menyedihkan, namun terpaksa menerima hakikatnya walaupun berat untuknya.

Menurut Mahani, kehilangan dua insan tersayang ini memang berat untuk diterima. Tambahan pula kini dia sudah hilang tempat mengadu.

Semalam, saya menziarahi cucu yang meninggal dunia akibat kemalangan di langgar van sekolah dan hari ini suami pula meninggalkan kami buat selama-lamanya.

Mahani sempat menatap wajah cucu sebelum disembahyangkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, namun tidak mengiringi jenazah ke perkuburan kerana teringatkan suami di rumah.

Ketika itu sudah malam dan dia mahu terus pulang.

Foto: Harian Metro

Anak keempat Mahani, Anom Suhana pula berkata, dia tidak menyangka ajakan ibu untuk dia pulang ke kampung selepas menziarahi Alisha adalah untuk bertemu ayah buat kali terakhir.

Ketika sampai di kampung arwah ayah kelihatan seperti biasa, manakala pada 4 pagi ibu memaklumkan ayah sudah meninggal dunia.

Mereka walau bagaimanapun reda kehilangan dua ahli keluarga dalam tempoh 48 jam. Jenazah akan dikebumikan hari ini di Tanah Perkuburan Islam Keratong 4 dan 5 Bandar Tun Razak, Pahang.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas