Connect with us

Oh! Media

Adik Alisha Pernah Cakap “Mahu Pergi Jauh”Sebelum Kejadian Digilis Van Sekolah

alisha

Trending

Adik Alisha Pernah Cakap “Mahu Pergi Jauh”Sebelum Kejadian Digilis Van Sekolah

Sungguh mengejutkan! Kemalangan yang menimpa adik Alisha yang baru berusia 7 tahun sememangnya memberi kesan kepada orang ramai terutama mereka yang mempunyai anak. Sebelum ini kami ada kongsikan video kemalangan melibatkan adik Alisha yang digilis pemandu van sekolah.

ADVERTISEMENT

BACA: Pemandu Van Langgar Budak Sekolah Ditahan Polis

Kejadian itu berlaku di Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi semalam dan berjaya dirakam CCTV. Berdasarkan rakaman yang tersebar, adik Alisha telah dilanggar dan digilis van yang bergerak ke hadapan sebaik sahaja menurunkan penumpang. Mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan.

Nenek Alisha tak sangka kata-kata cucu petanda akan tinggalkan mereka selamanya

Memetik laporan Berita Harian, Mahani Hamid, 68 tahun, nenek kepada Alisha menceritakan kata-kata dari cucunya yang tidak disangka-sangka. Mahani memaklumkan menantunya ada memberitahu Alisha pernah berkata mahu pergi jauh dari keluarga. Kali terakhir Mahani bertemu dengan cucunya adalah minggu lalu ketika pulang ke kampung di Felda Keratong 5, Pahang.

Menantu beritahu arwah pernah maklumkan mahu pergi jauh meninggalkan keluarga. Tak sangka ia petanda dia akan meninggalkan kami selama-lamanya.

Ketika itu, Nur Alisha Safiya cukup ceria, berbeza dengan sebelum ini yang mana dia seorang yang pemalu serta pendiam. Pada malam pertama di kampung, Nur Alisha Safiya tidak tidur hingga pagi dan menghabiskan masa bermain bersama sepupunya.

Ketika mahu pualng, Nur Alisha Safiya bersalaman dan memeluk saya dengan lama, berbeza seblum ini. – Luahnya.

Salam takziah kami di Ohmedia ucapkan kepada keluarga adik Alisha dan tenanglah di sana kerana syurga buatmu adik. Al-Fatihah

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas